Saturday, July 6, 2013

Kegembiraan..Apa tu??


INILAH SALAH SATU KEGEMBIRAAN..

Assalammualaikum dan bertemu kita kembali..
Sebenarnya lama sangat kita tidak berjumpa di laman blogs habuk umi ni...hehehe..
Nak tau kenapa? Umi dah lama tak pegang laptop umi,tak tahu kenapa umi tidak membukanya...Malas satu,dan untuk menaip tu kadang langsung tidak mempunyai masa...


Hari ini kita banyak berkongsikan gambar ye!! Sebab umi banyak nak memperkenalkan gambar dan ketenangan yang umihadapi sekarang ini..Begini,laptop umi tu dah lama tak berusik..kadang2 nak bukak pun rasa macam tak ada masa...umi ni bukanlah penulis blog tegar..tapi  umi akan membuahkan novel suatu hari nanti..
Kegembiraan yang nak umi kongsikan adalah umi telah pun mengisikan perut umi dengan satu nyawa...sekarang dah hampir masuk 22 minggu..due date umi pun bulan November..tak sabar umi ingin melalui proses itu semula..Anak umi yang bujang tu pun dah masuk 3 tahun..cukuplah untuk dia memiliki seorang adik dah mempunyai tanggungjawab memiliki adik...


Kesabaran itu amatlah penting..bila kita menambahkan lagi seorang keluarga,kesabaran yang di utamakan..kerana anak bujang umi ni pun memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi ye...heheheehe..
Tapi dia otak geliga,umi lega dia sudah menunjukkan sikap yang bertanggungjawabnya itu..ok lahh tuuu...
Sekarang ni pun dia ok je..tak mengganggu macam dulu lagi..budak dulu dengan sekarang berbeza..hehe..

Ha !! Lagi satu benda umi nak shared..umi sebenarnya dah berpindah dari Sg Buloh ke Jln Klang Lama..ok la tu,sebab rumah yang umi duduk sekarang ni berdekatan dengan ibu umi dan tempat kerja umi..senang nak hantar budak buchuk sorang tu..Seronok sebenarnya...umi tak buat apa2 kenduri lagi sebab umi ingat nak buat kenduri bila anak umi yang no 2 ni dah lahir nanti..disekalikan..kan senang? Bajet pun bajet..hehehe...ekonomi tinggi sekarang nikan..

Oklah setakat itu saje umi nak shared buat masa ni..nanti bila ada masa panjang kita berjumpa lagi ye..

Bye2..Assalammualaikum....

Monday, April 2, 2012

Betul2 Hilang Upaya

Assalammualaikum..salam sejahtera semuanya,apa yang umi nak bincangkan hari ini ye? Sebenarnya umi ada membuat sebuah novel..ramai yang tahu pasal novel umi ni..

Ada sesiapa yang boleh bantu umi? Mana umi nak menghantar novel ini? Atau ada sesiapa boleh hantarkan? Hehehe...Macam inilah,umi tak mahu sebut tajuk novel umi lagi tapi yang pasti umi akan hantar novel ini suatu hari nanti..siapa nak baca? Sila ramai2 angkat kaki..hehehe..
Adik2 semua,kalau nak tahu umi sebenarnya dah lama tak menulis balik sebab umi dah betul2 hilang upaya..selera makan umi ditarik begitu sahaja,nak tahu kenapa? Hempedu umi dah tak ada lagi..sesal dah tak ada gunanya lagi..apalah yang umi mampu lakukan? Menangis pun,hempedu tidak akan kembali lagi..

Dugaan yang umi terima amatlah pedih..umi jumpa Dr Maslinor yang juga kawan umi di Sg Buloh untuk bertanyakan keadaan umi..nak tahu dia kata apa? "Sayangnya kau muda lagi dah kena tarik selera,kalau macam aku ni tak apalah,sbb aku dah makan garam dari kau.."

Tak apalah,cuma banyakkan bersabar dalam hati ini... "Kau ni dah kira 'orang kurang upaya' dah cuma tak ada kad je..Umi akan cuba untuk bersabar sebaik mungkin...Boleh kuruslah umi macamni..

Kalau korang? Benarkah korang dapat terima kenyataan ini? Sekurang2nya umi dah boleh terima keadaan ini..NO BEEF,NO CHICKEN n NO OIL..terutama sekali lemak haruslah dielakkan..Alhamdulillah,umi bersyukur,umi dah puas apa yang umi dah nikmati selama 22 tahun 7 bulan..terlalu muda bukan untuk lupakan semua makanan itu? Sabarlah,ada hikmahnya kenapa umi kena terima semua ini..

Korang berhati2 dalam permakanan,jaga diri elok2..

Assalammualaikum,umi dah lupakan apa yang orang buat kat umi,umi akan buat apa yang umi rasakan benar....

Wednesday, March 7, 2012

umi merinduimu sayang..

Assalammualaikum semua..

Saat ini umi amat merindui anak bujang umi..apa agaknya dia buat sekarang ye? dah tidur ke belum..sebenarnya umi ada kat wad..menjalani rawatan yang amat diperlukan,tak pernah tinggal anak tu yang terasa amat merinduinya..

Adik,xmau nakal2 k..nanti umi balik,umi nak cium anak manja kesayangan umi ni..

Sebenarnya nak update banyak,tapi mood untuk menulis hilang,nak tau sebab ape? sebab saya membaca banyak blog yang selalu saya baca sekarang semua privatekan..sedikit sebanyak kecewa gak..

wasalam..

Saturday, January 21, 2012

Hilang Upaya / Keupayaan

Assalammualaikum dan selamat malam u'ollss..
Berhabuk lagi la umi punya wall ni,awatlah kamu tak tolong bersihkan...Tak kesian ke kat umi..hari-hari umi nak kena bersihkan..




Tunggu sat na..umi nak kemas dulu wall ni...



Puhh..puhh...psssttt...pssttt...(sembur pewangi sikit)..

hisyy..husshhh...



Ha,baru boleh menulis sikit,sebenarnya umi nak beritahu sikit,siapa boleh tolong umi buat kerja sampingan yang boleh masuk in come sikit-sikit,sebenarnya umi nak plan ada anak lagi dan umi sedikit pun tak sampai hati nak bagi ibu umi jaga semua anak umi...


Dan lagi-lagi bila umi dengar macam-macam berita hantar kat pengasuh dan umi tak percaya orang luar.Susah dan berat rasanya hati ini.Kalau korang pun mesti tak mau benda yang tak diingini berlakukan??


Samalah perasaan umi sebagai seorang ibu.Umi kasihan dengan satu berita yang dua kematian berlaku serentak..apakan daya dan kudrat hati seorang ibu dengan hanya redha..kalau umi tak mungkin akan setabah itu..umi terlalu sangat sayangkan anak umi..hampir menitis airmata umi...


Hilang keupayaan itu macam-macam sbenarnya...umi kecewa kerana umi mempunyai seorang kawan yang tidak tahu menghargai..apalah kudrat umi untuk redha menghadapinya..entah siapa akan memahami umi selain dari family umi sendiri...


Apakah orang yang melakukan kesalahan dihadapan mata selalunya nampak betul?? Betul!! Tak semestinya kita akan sentiasa betul..tapi silap umi,umi terlalu ramah dengan orang.Tapi umi tak jahat,hanya dengan kebaikan yang kita beri,diduga macam-macam..


Umi redha,tapi ada sampai satu tahap,membuatkan hati umi hancur berkecai,umi sanggup tak ada dan mempunyai kawan,tapi umi tak sanggup emlihat orang yang membuat umi kecewa,kerana boleh mengganggu periuk nasi umi...bantulah umi..umi dah tak tahan dan tak sanggup,memang umi tak kacau hidup orang,tapi apakah orang yang sanggup mendoakan kematian umi? Korang sanggup dengar??


Umi dah tak sanggup untuk menaip lagi..umi akan berhenti..


Assalammualaikum para sahabat yang disayangi,pembaca yang dihormati,pelindung dariku untuk kamu semua..Redhalah dengan apa yang diduga.Berjanjilah,jangan sekali bermain dengan angin,contoh dah ada depan mata,tabahlah..
Umi doa kalian berjaya dan semoga dirahmati ALLAH selalu..


HAPPY CHINESE NEW YEAR...

Sunday, January 1, 2012

Tahun Baru, Tahun Keramat

Assalammualaikum,selamat tengahhari buat sahabat andai yang sudi menyinggah di blog usang umi yang tidak seberapa ni..hehehe...
Pejam celik,pejam celik dah masuk tahun barukan...serronoknya..sekejap je masa terus berubah,antaranya,umurku makin meningkat,umur suami,umur anak,umur usia perkahwinanku,usia kita kerja berapa lama..seronoknya bila memikirkan,tapi apa yang umi sebut semua tu tadi,semuanya tak penting langsung,yang penting adalah.....PERUBAHAN HIDUP,CARA PEMIKIRAN KITA,TINGKAH LAKU KITA TERHADAP ORANG...

Apakah penerimaan orang sama seperti mana kita menerimanya? Tidak,dan itu tidak mungkin berlaku sama sekali..

Tahun baru ini,cubalah kita buat perubahan sedikit demi sedikit,kerana untuk sampai 31 Disember...lambat lagi...tak salah jika kita mencuba..betul tak?

Ok apa kata kita try sama-sama nak tak? Ok ini antara senarai yang umi nak buat dalam tahun ini...kita hanya merancang,dan yang menentukan adalah ALLAH..betul tak?


Sebenarnya umi takut nak memperkatakan apa yang umi nak buat tahun ini..umi harap sangat umi nak berjaya melakukannnya...harap umi mendapat sokongan padu,ketat-ketat sangat...hehehehe
  • Ingin kurus dalam masa 4 bulan
  • Ingin preggy tahun ini,bersalin tahun depan..hehehe
  • ingin merubah fikiran kolot ke moden..huahuahua
  • menyayangi suami,anak2,family,family mertua lebih dari diri sendiri
  • sentiasa berfikiran positif
  • TIDAK akan mudah mempercayai orang dengan mudah
  • Ingin mencari kekuatan dalam diri sendiri
  • Cuba tidak cepat marah,bengis..(tahun ni banyak benor bengisnya..hihihi
    Cukuplah sampai situ je..nak lebih2 takut tak mampu,Allah tak suka kita berlebih2an..

    BIAR APA ORANG NAK KATA,TETAPI FIKIRAN KITA BIAR POSITIF..


    TERIMA KASIH SAHABAT....

Sunday, December 18, 2011

Kebahagiaan 2 Hati 1 Jiwa...

Hai..Assalammualaikum dan salam sejahtera buat para sahabat yang amat dikasihi..
Alamak!! Lama sangat rasanya dah tak buka blog,bukan apa..masanya bukanlah mencukupi buat umi..Kalau nak typing mesti nak masa yang lama..

Kalau korang,lama tak buka blog? Asal umi nak type je,tak jadi...macam tak best je ayat..huhuhu...

Tapi umi hargai sangat-sangat,sebab para sahabat umi di blog memberi semangat yang kuat untuk umi kembali blogwalking..thanx sahabat..

Okey...
Berbalik pada tajuk yang asal... "Kebahagiaan 2Hati 1Jiwa"

Ini kisah mengisahkan tentang umi dan ayah yang bersatu pada tarikh keramat ini... 18th DECEMBER....

Kalau diikutkan hati,teringat kembali kenangan kami..usia perkahwinan kami masih muda,dan amat mengharapkan berpanjangan,saat disatukan sehingga kini masih terasa kebahagiaan..siapa yang kahwin tak merasai kebahagiaan?? Meh sini umi nak dengor sikit ceritanya..hihihi..


Janganlah marah,umi tahu usia perkahwinan masih muda..of course la tak layak nak bagi nasihat..

Tapi umi nak jugak cakap..hehehe...

Kesabaran itu terlalu amat penting,siapa tak takut kalau rumahtangga kita goyah? Selama kita berkasih sayang,bertaut rindu ada siapa tahu kesusahan dan kesenangan dalam rumah tangga kita yang kita alami? Tak adakan? Jadi kitalah yang menghadapi segalanya...


Jika antara suami dan isteri yang mempunyai sifat panas baran,dan kedua-duanya sama,padamlah satu antara berdua..jika suami tidak boleh,isterilah perlu menjadi ayer..hehehe..betul tak?


Berkorban dalam kekeluargaan tiada salahnya,itu adalah salah satu sifat yang menjadi penyelamat..Kebahagiaan akan datang kembali..Oleh itu...sabarlah,berkorbanlah demi jangka masa yang amat panjang..Hadapinya,jangan pinggirkannya..


Alhamdulillah,umi bangga mempunyai seorang suami seperti ayah. Rajin,ringan sangat tulangnya,lagi-lagi mempunyai seorang anak yang sangat memberangsangkan..Semua adalah kebahagiaan selma-lamanya...


AMINNNN......





Thursday, September 29, 2011

Memaafkanya MUNGKIN ya! Melupakannnya mungkin TIDAK!!

Assalammualaikum pada semua sahabat yang amat dikasihi..
Nak diceritakan beginilah,memang seronok kalau kita nak mencari kawan masa senang,tapi susahkan kita nak mencari kawan2 yang sama2 menangis..

Bagi umi,umi boleh menerima seorang sahabat yang ada masa SUSAH dan masa SENANG..tapi macamana kita nak mencari sahabat macamana yang pernah umi dapat..Tak ramai yang boleh jadi macam sahabat umi dahulu..spanjang dan seumur hidup umi,hanya dapat seorang kawan yang sebegini rupa..


Umi takkan benci orang itu,bukanlah umi yang insan terpilih untuk membenci orang itu,,hanya itu kuasa ALLAH s.w.t untuk menduga umi sebegini dan seberapa tabah umi untuk meningatinya..Dan anadai sekiranya orang yang membacanya mengatakan dalam hati... " hipokrit, dia agaknya yang xbetul"..

YA!! Memang umi tak betul...sebab itu ALLAH s.w.t menduga umi agar Dia dapat menyuruh umatNya ini agar tidak melupakannya,diuji sebegini..umi tidak sekali menyatakan yang umi adalah BETUL! Umi cuma terkilan kerana tersalah memilih kawan.

Ini adalah kesilapan umi sendiri,kerana selalu mengabaikanNya. Umi bukanlah seorang yang warak,tapi umi sedar dimana umi berpijak,dan tak sangka dengan kebaikan kita selama ini rupa-rupanya ada udang di sebalik batu..

Kalau nak tahu umi ni jenis apa,mari umi terangkan..Apa yang kawan umi suruh,umi buat,sampaikan hal peribadi pun umi turutkan..umi dengar je apa yang mereka minta bukan hal kerja..umi tak mau sekali-kali umi mengecewakan sahabat umi...umi takut kehilangan kawan..

Sampaikan mereka selalu sakiti hati umi,tapi umi diam..umi sedar...mereka nak memperGUNA kan umi ni..mentanglah umi ikut apa yang mereka nak..tapi jangan ingat umi boleh turuti semuanya..umi tak tahulah..umi kasar,umi melawan,tapi umi TEGAK kan apa yang umi rasa betul..umi bukan nak menyalahkan orang lain,tapi umi tetap mempunyai hak!!

Tak semestinya umi juga tidak boleh membenci,tapi ibu dan ayah umi TAK PERNAH mengajar umi membenci orang..sebab itu akan kita mendapat balasan jika membenci orang...

Umi nak minta maaf andai umi tidak menegur orang yang buat salah dengan umi,kerana hati umi sangat-sangatlah terluka hanya benda yang umi tak pernah buat dan umi mengaku awal-awal umi tak tahu,tapi umi tanya pada orang yang tahu dia nak mengajar umi..TERIMA KASIH..

Tapi....pada orang yang nak ajar umi tu,tahu umi sibuk sangat..apalah salahnya kalau dia yang membuatkan tanpa permintaan umi?? Tak salahkan kalau rasa nampak SAHABAT itu sibuk?? Nak ajar masa umi ada patients dengan doctor..memanglah tak sempat..

Doctor yang umi jaga itu namanya juga dirahsiakan...beritahu umi..apalah salahnya orang yang passover kat umi tu buat sebelum dia balik?? Korang boleh fahamkan maksud umi? Semua penyataan diatas adalah benar berdasarkan BENAR..tiada penciplakkan..

Doctor tu pun kata..sabarlah..dia sendiri beritahu..berhati2 dengan orang yang atas tu,mulut dia boleh tahan..umi tak tipu apa yang umi dengar..doctor pun sedih dengar cerita umi..umi sabar..


Umi nak berhenti..tapi siapa yang boleh carikan umi kerja baru? Kalau pergi mana2 pun tetap sama..cuma antara tahan dengan tak tahan je.......





ALHAMDULILLAH





Sunday, September 18, 2011

Kahwin Lari!!

Assalammualaikum semua...apa khabar? Sihat? Ada yang memerlukan bantuan umi untuk memberi oksigen? hehehehe...umi tahulah,time cuti panjang inilah mesti ramai yang membuat OPEN HOUSE sepertimana yang umi update sebelum inikan..
Ok lah,berbalik pada gambar yang kome lihat tu,tu gambar kebahagiaan orang berkahwin. Rasa seronok melihat perkahwinan orang,rasa kembali melihat dan teringat perkahwinan sendiri..


Ehmm,sebenarnya,umi bukan nak bincang pasal ini,bukan juga pasal kahwin lari... Tapi berkenaan adakah kamu sanggup bermadu,seperti yang dilakukan oleh isteri2 lain?


Jelas umi,umi tidak SANGGUP melakukannya,kerna apabila bermulanya kisah seperti ini..
umi:abang,abang nak kawen lain tak? (selepas menghabiskan soalan,terus jawab,lupakanlah soklan umi)
ayah:hahahahahaha...


Sebenarnya,apa motif umi secara tiba2 tanya soalan yang tak mungkin keluar dari mulut umi eak? Ada sesiapa yang boleh tolung umi huraikan maksud tersingkap di hati umi ini?

Dan sebenarnya umi terbaca suatu kisah tentang LIMA isteri diceraikan,tapi ia langsung tiada kena mengena dengan soalan yang umi tanyakan pada ayah..huh!!


Kisahnya adalah....

Seorang suami yang mempunyai empat orang isteri,empat isteri itu memang tak boleh berbaik,(kalau umi la kan,memang ko takkan duduk,siaplah ko! Kalu dia dok tempat lain,aku carik ko sampai dapat,tau la nasib ko cane...hahahaha) Suatu hari si suami ni pun pulang ke rumah melihat kesemua isterinya bergaduh..kat tempat kerja runsing,sampai rumah bertambah!! Isteri pertama merungut,si suami kata  ko aku ceraikan!! Isteri kedua berkata,mana boleh terus nak cerai tanpa bertanya ko pun sma aku cerai!!

Isteri ketiga berkata,apa abang ni? Ko pn aku cerai! Isteri keempat,tak pelah bang,saya pun abang ceraikanlah...Terima kasih,jatuhlah talak aku kat ko!

Isteri jiran sebelah pun terdengar," apa korang ni,tak reti nak berdamai ke? "

KALAU KO JADI ISTERI AKU,DENGAN KO KO SEKALI AKU CERAIKAN!!!!


suami jiran: AKU IZINKAN....

Korang,boleh terima tak cerita ini? Umi tak bolehlah,macammana orang yang bermadu tu kan?



P/S
:SESIAPA YANG PERNAH BERMADU ITU,PLEASE COUNSELLOR UMI SIKIT,NAK PAYUNG EMAS TAK? TAK PE LAH,UMI BELI KAT MYDIN PUN BOLEH..(itu kalau ada...hahaha)
   







 

Friday, September 16, 2011

Suka dan Suki..

   Assalammualaikum..apa khabar? Sihat? Umi buka je blog,ada kawan2 bloggers menegur..thanx alll..
Walaupun suka menyinggah,tapi umi tahu,tak ada yang membacakan? hehehe..

Tak apa..umi tak kisah,janji sekurang-kurangnya anda mesti mempunyai luangkan masa..
Nanti kalau ada masa umi akan meluangkan masa untuk menyinggah pula..

Ok.sekali sekala umi nak juga merubahkan sesuatu..tapi akibatnya,tak siapa yang tahu..


Orang ni macam-macam perangai,ada benda yang menyakitkan hati kita,kalau harap orang nampak macam beriman,tudung litup,tangan sembunyikan aurat,tapi dia tidak sedar...


Dia hanya berdiri diatas dua kaki dan hanya meminjam bumi ini atas dasar rasa dirinya tidak layak memiliki segalanya...


Owh...

Sangatlah menyakitkan hati.Umi bukanlah nak kata umi ni jenis yang tak pernah buat salah..LANGSUNG TIDAK..

Tapi cukuplah sekadar memberi peringatan,'dia' tidak menghormati orang..walhal dengan mertuanya sendiri...Bukankah mertua itu ibarat ibu atau bapa kandungnya sendiri? Apa CER?


Bolehkah kerna marah,dia pedulikan ibu mertuanya tanpa memikirkan perasaan hati seorang ibu? Maaf.

Kali ini,dia tunjukkan pada ayah umi sendiri pula..nantilah,dia akan tahu akibatnya,sekarang dia dah tahu,Allah takkan menunggu untuk memberi balasan..ALLAH ingin sekadar mngingatkannya..


Bukan untuk ketawa,tapi sekadar beringat...Nanti umi sambung lagi..Tunggu tau!!

Saturday, September 10, 2011

Panjat Memanjat!



Assalammualaikum..hai apa khabar kawan-kawan sekalian? Macammana berat badan selepas Raya ltahun ini? Berkekalankah BERAT BADAN ideal anda? hahaha..Ini adalah soalan yang sama sekali tak boleh diterima!! Nak tahu kenapa? Sebab berat badan umi telah naik kembali sebanyak  3 kilo! Owh,ini memang tidak boleh diterima..Apa boleh buat.orang kata raya,takkan nak tengok je? Betul tak? Yang paling penting..umi yang dah ada anak dan suami,dapat duit raya..hahaha..percaya tak?
Walaupun sekadar RM5,umi masih mendapat duit raya. Kebahagiaan tu!! hihihi..

Okeylah! Berbalik pada tajuk kita yang sebenar-benarnya..Umi nak bincang pasal anak umi yang suka panjat-memanjat sejak akhir-akhir ini..dalam bulan ini,dia akan menginjakkan usianya ke SETAHUN..sekejap je rasanya...macam baru je mengandungkan dia..hehhehe..sebenarnya tengok orang mengandungkan,rasanya macam nak mengandunglah pulak..seronok tengok baby tendang-tendang dalam perut ni..
isy! Kuat betul berangannya...hahahaa...
Sejak beberapa akahir ini,gemar pulak dia memanjat-manjat,sampai katil yang umi beli untuk dia masa baby,mana pernah dia pakai,dia tak mau duduk dalam katil dia,tak tahulah kenapa..dia panjat tepi-tepi samapai nak jatuh dia buat tak hairan je..tak takut jatuh langsung..masa umi duduk depan tv atas tilam,dengan senyap dia merangkak kat umi dia panjat umi.Umi pun buat tak tahulah,nak tengok apa reaksi dia..Rupanya dia panjat umi untuk dijadikan sebagai pemegang,dan dia lepaskan tangan dia tatih,tatih,tatih daannnn jatuh...dia tersenyum..maksudnya tak takut jatuh,tapi jangn marah dia,kalau marah dia,dia akan tunduk dua,tiga kali pastu dia akan tersenyum..memang nak kena makan gigitan umi..hahaha...suka pura-pura..anak siapalah ni? hehehe..


p/s: Tolong ye! Yang masih mempunyai ibu dan bapa,jangan melawan cakap mereka..Umi merasa menyesal,umi berjanji akan jaga mereka sebab mereka darah daging umi..umi sayang mereka lebih nyawa umi sendiri..ibu dan bapa mertua ibarat ibu dan bapa kandung sendiri juga..sayang mereka berempat...

Sunday, September 4, 2011

Dari Jauh Ku Pohon Doa...

Assalammualaikum..apa khabar kamo semua hari ini? Umi tak berapa nak sihat..sebab esok dah mula nak kerja..ada sesiapa rasa malas nak kerja tak? huhuhu..mari angkat tangan sama-sama..huhuhuhu..



Malas sungguh rasa nak kerja,bila dah mula cuti panjangkan? Umi sebenarnya dalam bulan puasa lagi umi dah rasa mata umi belah kiri nak,bergerak-gerak tanpa HENTI. tak tahulah kenapa,dan umi sebenarnya tak rasa nak menyambut hari raya,tapi kegembiraan itu datang bila melihat anak dan suami memakai baju melayu..seronok sahaja memandang anak yang tak banyak kerenah bila memakai baju yang panas..kan?

Ok. Berbalik pada tajuk yang sebenar,bukan ditujukan pada bekas kekasih,bukan juga pada bekas tunang,tapi pada sepupu umi yang eksiden malam tadi,dapat kol dalam kul 3 pagi lebih dari my mom,kata my kezen eksiden,mau tak terkejut,taklah rapat sangat,tapi masa kecik itulah bahan permainan kami..kami main sama dulu..entah dia ingat atau takkan..


Mulanya,macam nak percaya pun susah,sedih pun ada sampai terbawa-bawa oleh mimpi..patutlah masa beraya tahun ini macam tak berapa nak BEST!! Macam ada benda berlaku..takut dibuatnya..awal pagi hari ini,melawat dia,tapi tak dapat naik,sebab kami datang terlau awal iaitu pukul10 pagi..manalah datang waktu melawat..for to make sure,it's HIM inside..tak dapat keputusan,kami balik sambil menunggu ibu,m.teh n mama..sambil itu beli barang dapur..tak puas hati sungguh tak dapat tengok condition my kezen...


Bila dah masak,mama kata dia dah sampai kat HOSPITAL SG BULOH..sebenarnya my kezen eksiden dekat Klang,orang yang langgar dia itu hantar,tapi kira nasib baik dia hantar,sebabnya umi tengok keadaan dia,sengguh menyedihkan sebab pendarahan dalam otak,siapa yang sanggup tengok dia dalam keadaan macam itu? Sakit hati ini,bagaimana keadaannya saat dia dilanggar?? Korang pernah terfikir bila korang berada di tempat dia? Menangis hati ini,menitis airmata melihat keadaan dia yang tidak sedar langsung..Dia cuma terlantar dengan penuh jahitan di kepala. Katanya kakinya juga patah..apabila melihat dia,umi ingin terasa seperti sungguh kuat tabah menghadapi melihat kesengsaraan dia,tapi umi salah..umi tak setabah ibunya..mungkin ibunya dah banyak menitiskan airmata..umi merasainya kerana umi juga mempunyai seorang anak..dia bukan budak biasa suka merempit,tapi dia keluar malam untuk membeli nasi lemak kerana teringin..dia tanya pada ibunya untuk membeli nasi lemak,mana nak cari nasi lemak pada waktu malam? Dengan lantas dia pergi sendiri tanpa memakai HELMET!!! Itu adalah kesilapannya kerana tidak pakai..



Syawal ini membuat umi diselubungi kesedihan..sangat sedih..umi harap dai akan cepat sembuh,kerana dia mempunyai pertalian darah dengan umi,dia saudara umi..Muhammad Hafizuddin,sembuhlah dikau,ibumu tidak tertanggung menahan tangisan yang tidak dapat dititiskan lagi,abahmu setia menanti hingga dirimu sedar untuk bangkit membantunya..Umi tahu,At sungguh kuat..Dari Jauh Ku Pohon Doa..

Monday, August 29, 2011

Salam Hari Raya..

Salam hari raya aidilfitri..umi dah lama tak update blog ni,kini umi dok seakan2 mengemas blog umi macam mengemas uma nak raya la pulak..aduss,semangat raya kembali,tak sabar rasanya nak merayakan bersama2 keluarga di Penang..Al maklumlah,tak pernah raya di Penang,kini raya dah masuk bertiga..dulu nak minta cuti raya punyalah payah...jenuh ye idok?
Semangatnyalah macam UPIN N IPIN..yang penting tema depa mesti ada  AYAM GORENG...
 Tema korang ape tahun ni? Tahun lepas tema umi purple..jadi tahun ni,nak ikut tema warna COKLAT.. Wah!! Terserlah gitu,sebab ada anakkan,jadi meriahnya tak macam seperti berdua..dengan kerenah anak yang macam2 ragam..sapa yang ade anak hero mesti paham macammna kenakalan anaknya..hehehehe..

Seronoknya bila kita tengok anak pakai baju raya..Sahabat,malam ini adalah malam penuh berkat untuk berdoa,sahabat berdoalah,tapi jangan doa yang bukan2 pelak di bulan yang penuh MULIA ni..yang penting,umi dah pesan kat ayah,"JANGAN DOK DOA yg bukan2.." hehehe...apa2 sajalah,tapi yang penting,umi doakan kesejahteraan keluarga umi..semoga sihat semua,termasuk sahabat umi suma..umi sayang semua..mmmuuuaaahhh....

SELAMAT HARI RAYA EIDUL-FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Saturday, August 20, 2011

Fw:Kisah Benar : 'Abang,tunggu mak di syurga ya'

Hargai & sayangi orang sekeliling kita sementara mereka masih bernyawa..............

Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap,perut membusung , namun mak nampak ketenangan wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang,baju terakhir yang abang pakai,Mak terpaksa potong kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi,mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci,sesekali mak boleh cium baju itu,sekadar pengubat rindu dihati.Kemudian abah kendong badan abang ke pangki yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mandikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua airmatanya tumpah, mengalir ke pipi, cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terakhir." begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan,mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. Biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak,jangan menangis,tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak airmata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga , mak usap dahi abang. Mak senyum lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan , " Abang,tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah,semua kerja dipermudahkan.Abang sudah selamat disana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu,ada soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka " Kakak uruskan jenazah anak kakak sendiri,tapi setitis airmata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis,sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum disaat memangku sekujur tubuh yang berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu,mak duduk disatu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macamana. Kemudian,mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Didalamnya tercata peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat didalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, disinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis,sayang.

JANUARI 11-Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak,kata doktor semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata,cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.


26 Feb 11-Hari ini ulang tahun abng ke-4 abang. Dua hari sebelum itu mak tanya,abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah.

Hah..hah..Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah.

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur,tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam abang minta.

Mak kecewa! Selama ini,mak tunaikan apa saja permintaan abang,tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti..
Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas,abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang. Dan ketika itu,hati mak sudah terdetik,mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 11-Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN,rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor,tiada apa yang boleh dilakukan lagi.
Abang hanya menanti waktu,mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata,masa abang tidak lama lagi.
Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak,macam mana dengan abang? Mak jawab,"Insya-ALLAH abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.
Mereka pun sama,masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit,jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya,biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 11-Hari ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah. Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Dirumah,setiap hari mak akan tanya,"Abang nak apa hari ini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi,abang menjawab,"Mak,abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung mendengar permintaan abang.Bila abah pulang kerumah,terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab." Balai bomba!"

Sampai di situ,mak minta izin pegawai bomba.Mak kata,abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba.Pegawai itu garu-garu kepala,kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.
Belum sempat pegawai bomba itu menjawab lantas mak tari baju abang ke paras dada. Separuh berbisik,mak beritahu pegawai itu, "Encik,ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan pemintaan terakhirnya ini!!"
Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan perut dan jahitan,pegawai itu tak tunggu lama.Terus dicapainya kunci,dibuka pintu salah satu trak bomba itu.
Didukung abang,letakkan keatas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di trak itu. Abang tak perasan,mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan airmata yang mula bertakung.

Hari lain,mak tanya lagi,"Abang nak apa?"



Abang jawab,"Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang,tunggu depan rumah.Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutin mengutip sampah. Mak tahan lori itu.
"Encik,anak saya teringin naik lori ini. Boleh izinkan sebentar?"
Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak.  Kemudian mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.
Segera mereka angkat abang,letakkan ditempat duduk pemandu.Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka,tak sanggup lihat abang lama-lama.Sedih agaknya.
Begitulah seterusnya. Setiap hari mak akan tanya pertanyaan sama. Abang kalau nak tengok gajah,mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan,tak apa mak dan abah tak kisah,kali siliberganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung,mak bawa ke taman burung. Abang kata nak permainan robot,mak bawa ke kompleks membeli belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak pergi,mak tunaikan!
Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Murtabak. nasi paprik, milo ais,cendol,air tebu,air bandung,rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pukul 3.00 pagi!!
Apa saja yang teringin di tekak abang,semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta kami tunaikan.
Mak tahu,mak faham,masa abang bersama abah dan mak semakin suntuk!!

27 Mac 11-Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu,hanya terbaring sambil memeluk AINA,anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital..
'Kali ini kita bawa abang ke IJN,tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN.Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN,abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.




5 April 11-Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.
"Adik tenat. Sya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr Adura doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.
Mak memang rajin bercerita dengan Dr Adura.Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan mak tak dapat tunaikan permintaan abang kek berbentuk lori sampah.

7 April 11- Pagi ini Dr Adura datang melawat abang. Kemudian Dr Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. 

Rupa-rupanya tengahhari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.
Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka,Dr Adura tulis di dalam blignya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.
Sekali lagi,para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulangtahun untuk abang.Tapi abang kurang ceria,wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.



8 April 11- Tengahhari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi,abang sekadar lemah.Aabang sekadar baring termenung kek itu.
Malam itu,semasa jururawat mengambil tekanan darah abang,bacaannya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan yang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak .Malam itu,hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat.Mak duduk disebelah abang,mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagaikan anak kecil
Dalam tangis itu,mak katakan pada abang. " Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.
"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana ALLAH hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!!"

Abang hanya diam,memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya,mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada di dunia ini lagi!!



                                                 Abang pada tahun 2007

9 April 11-Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru,lebam! Dada berombak,tercungap-cungap menarik nafas.
Abang dah tak mampu berakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pukul 8.00 pagi,abah dan kakak sampai.
Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga,tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang,abang semakin lesu.Lantas mak ajak abang keluar jalan-jalan.
"Abang,nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari.!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudin abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang,tu tengok kat luar tu? nampak tak sinaran matahari tu? Cantikkan ?"

Mak tunjuk pada abang sinaran matahari itu. Kemudian abang menguap.
"Abang mengantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.
Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.
" Bang,jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makan di atas meja."

Mak tahu,masa abang sudah hampir tiba.
Sampai wad,mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah," Maakk..sakit perutt..!
Dan abang terus memanggil," Makkk!! Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang."Abang,hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"
Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh kedalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu,mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas.  Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menagis.
"Kakak! Kalau kamu semua nak mengis keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu."
Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu,abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat sakaratul maut menjemput abang.
Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami.Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik,meraup wajah menahan suara tangisannya.
Jururawat yang berada di dalam bilik juga menangis,mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang nagis disaat abang akan pergi. Setits dua  megalir jua airmata mak.Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah abang,Mak izinkan..Mak izinkan..pergilah,...!!!" Dan perlahan-lahan mata abang layu tertutup rapat,genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...( saat itu airmata umi jua menagis lagi..)

Pukul3.50 petang ,akhirnya abang pergi meninggalkan dunia fana ini. INNALILLAH.....Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang,"Tenanglah abang disana. Suatu hari nanti,mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang...tunggu mak di sana ya! Di syurga!!" 
Abang,skarang mak dah dapat jawapannya. Mengapa mak tak menangis?
Pertama,abang telah ditakdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak disana nanti.
Kedua,apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga,segala hutang sebagai seorang ibu mak telah langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan abang dan buat akikah untuk abang.
Keempat,mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya.,sentiasa berada disisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.
Kelima,mak rasa istimewa dipilih ALLAH untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang,kaya kesabaran,kaya tawadhuk,kaya kerdhaan,kaya keimanan,kaya kawan,kaya ilmu,dan kaya pengetahuan.
Mak telah beri segala-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang,biarpun kini hidup mak dan abah sunyi dan kosng tanpa abang tapi..mak akn sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik IQBAL FAHREEN HAMDAN,anak bongsu dari lima beradik.Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis komplikasi jantung termasuklah kekurangan injap,jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal,malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor menjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia,ternyata anak kecil ini mapu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup JAMILAH (ibu) dan HAMDAN(bapa)..

Apa perasaan anda selepas membacanya? Umi yang membaca berulangkali,tetap menitis..Innalillahirojiunnn..takziah pada arwah Iqbal Fahreen Hamdan...





Sunday, August 7, 2011

Kuasa AIRMATA..

Assalammualaikum,disini saya nak berkongsi cerita copy by DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj..
Kalau bukan kita yang guna takwim Islam ni,siapa nak guna? Orang Islam sendiri tak tahu, tak reti, tak faham, tak ingat.Ooo, apalagi yang tinggal buat kita banggakan bersama?
Tuan-puan, sikit lagi nak bicara tentang kuasa airmata.Pastinya isu ini ramai peminatnya. Masing-masing kata baru sedar berkuasanya air mata..Laa, baru tahu ke??
Dalam banyak perkara, air mata adalah penyelesaiannya.Bayangkan suatu hari anda dapat surat pemberhentian kerja.Memang anda tahu anda bersalah, sebab tak cekap buat kerja. Kalau anda jumpa bos,merayu dengan menangis boleh jadi berubah keputusan bos.Walaupun tak semestinya jadi,tapi tak mustahil jadi.
Kalau anda mengaku kesalahan dah tu janji akan buat yang terbaik atau kesilapan tu tak akan berulang, bos boleh pertimbang. Lebih-lebih lagi kalau sebab anak-anak ramai, isteri pun bukan sorang, air mata berjujuran , sedang anda seorang lelaki, misai melentik, muka bengis tapi menangis merayu simpati,merayu pertimbangan orang boleh beri.
Seorang isteri misalnya,minta gelang dari dulu tak pernah dapat. Mana nak dapat asyik, "Bang,awat hang ni? Mana gelang cek? Belasah kang." Siap angkat tangan lagi gaya nak memukul. Mana nak dapat. Dapat penampor adalah. Orang Muo tak cakap penampar,tapi penampor,gebor,gobok.Gebor tu gebar. Gobok tu almari.
Tapi cuba "Bang isyak-isyak ( yang isyak tu nangis le),kesian cek satu gelang emas pun tak dok." Abang boleh bagi , abang akan berusaha bagi.Tak dapat rantai emas,asalkan nama dia rantai dia boleh bagi.
Nampak kuasa tangisan?
Sepupu saya,lelaki junior tiga tahun daripada saya,kami sama-sama membesar di kampung. Perangai dia dengan saya jauh. Dia kalau dia nak sesuatu,tengah bandor ni,dia pegang benda dia nak tu tak lepas punya. Tarik sepuluh orang pun tak lepas. Apa yang dia nak? Kasut kulit, baju, permainan. Bukan murah-murah,sepuluh ringgit tuan. Zaman dulu,tahun 60-an kalau sepuluh ringgit macam lima puluh. Bayangkan orang kampung,anaknya mati-mati nak kasut harga lima puluh. Dah tu,dia boleh nangis. Tak bagi jugak dia baring atas kaki lima kedai tu,dia pekik " Nak kassuuttt!! Satu bandor Muo terkejut tuan. Tak malu emak bapak?
Saya yang jadi budak kecik masa tu pun malu,lagilah emak bapak dia. Tapi disebabkan dia menangis macam itu, dia dapat. Maka bergayalah dia sentiasa dengan baju baru dia,dengan seluar baru dia,dengan topi baru dia, dengan kasut baru dia..Sampai kami panggil dia orang putih komproh,bergaya habis. Saya yang baik ni tak pernah merasa. Paling hebat pun selipor Jepun le,masa tu harganya 40sen.
Kuasa tangisan pada seorang ibu terhadap kedegilan anak insay-ALLAH berkesan untuk mengubahnya daripada degil kepada kurang degil,daripada jahat kepada kurang jahat,daripada sampai hati kepada kurang sampai hati. Kalau pun dia tidak mengubah mendadak pada hari itu,insya-ALLAH sampai ketika dan saatnya dia akan terkesan juga.
Kalau rajin,dengarlah radio segmen kenangan lalu. Tak sikit orang yang telefon DJ cerita bagaimana nakalnya mereka sewaktu hidup bersama emak ayah dulu. Masa tu memang tak jadi apa emak ayah menangis airmata darah sekalipun.Tapi sekarang,bila teringat emak ayah yang dah tak ada,yang dulunya desebabkan perangai dialah emak ayah jadi susah hati,emak ayah menangis tak henti,sekarang dia pulak yang nagis.Sok sek sok sek menangis dalam radio. Menyesal sangat. Balasannya,mereka jadi anak soleh ataupun solehah yang mendoakan emak ayah di alam barzah sana. Nampak tu? Kuasa tangisan memang sentiasa tinggin untuk mengubah hati manusia.
Dan anda,jika anda berdoa sekian lama rasanya macam tak juga tercapai,tak  juga dapat,tak juga makbul apa kata malam ini bangun qiamullail.Selepas solat hajat nanti berdoalah sampai menangis.
Dari website 'I Love Islam' ada sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi,Ahmad,Abu Daud dan An-Nasai' . Imam Tarmidzi mengelaskannya sebagai sahih. Hadisnya berbunyi begini," Aku melihat Rasulullah s.a.w besolat sedangkan dadanya bergetar-getar seperti air mendidih kesan daripada esakan menangis."
Huraian hadis seperti terpapar dalam web itu kata,menangis boleh tapi tidak berbunyi.Kerana dikhuatiri ia  boleh memasuki wilayah bercakap-cakap secara tidak sengaja dalam solat.,itu batal. Kalau nak berbunyi punya nangis nanti lepas solat dan ketika berdoa.
Moga-moga ALLAH mendengar doa yang kita panjatkan beserta tangisan. Itu tanda betul-betul mintak buakan cobaan lagi,tapi betul-betul.Insya-ALLAH orang yang betul-betul mintak akan betul-betul dapat.
Orang yang mudah menangis akan mudah dapat apa yang dia nak..

Jujur ikhlas dalam perbuatan,

Amanah dipegang lambang kekuatan.



Bekerjasama dengan rakan sejawat,

Bereskan tugasan jangan terlewat.



Bekerja bukan kerana pangkat,

Prestasi kerja mesti ditingkat..

Saturday, August 6, 2011

bce ni

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)-copy by Kasman Azizul Othman..

Ya Allah,Engkau lindungilah hambamu ini yang sungguh kerdil,yang sungguh hina ini,Kau ampunilah segala dosa hambamu ini Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang,sesungguhnya hambamu ini berasa sungguh kerdil,lindungila kami sekeluarga..aammmiinn  ya robbalalammiiinnn....

Ramadhan Ya Ramadhan!!

Assalammualaikum di malam yang mulia ini,umi tengok sesawang penuh muka umi masa umi masuk bilik BLOG ni..puaih kibas2,penuh jugak..xpe2 umi try untuk cuci balik..sori ye,pasal lama tak bukak,bukan apa,orang ade anak kecik hero,memang payah sikit nak online sentiasa..kalau setakat fb tu memang la online sentiasa tahu kenape? Sebab bila online,tuan punya badan bukan selalu duduk depan pc pon..hahaha..uruskan si anak kecik comel lote ni..
Ok lah! Salam Ramadhan buat anda semua,macamna anda hari ini? Makan tu beringat sikit ye? Jangan jadi macam saya,suma nak makan sampai perut pun dah terbahagi 4 macam jantung..Jantung ade 4 bilik tau..hehe..
Sepanjang umi berpuasa umi terseksa sangat,sangat2 walaupun ramai yang tahu tapi semua tidak mngerti kesakitan,keseksaan umi..umi sedih sangat kadang bila sahur asa nak makan ngan telor je..tapi...xabeh..huhuhuhu..
bila nak minum pu,terasa sakit sangat,dari mula puasa hingga ke hari ini,semasa berbuka umi kembali makan dengan normal,dah xlarat jadi macam ari 1st puasa,bayangkan selama 6 ari umi berpuasa,bayangkan keseksaan umi yang menanggung  sakit tekak!!
Adoiyai,bukan seksa lain,bukan ati kiciwa maaa,tapi tekak bengkak kedua2nya,boleh bayangkan x macamna nak makan n minum? Uiiih..hari baru dapat minum air banyak2,paihtu kekenyangan macam ular melingkar berbelit2..oh tidak! Peribahasa ape ni? hehehe..sepanjang perkara yang berlaku xpatut semua diuar2kan diblog..skrg ni nk komen lebey2 pn takot nanti kena saman xpasal2 plak kan? TAKOT WOO..

k babai..

Saturday, July 30, 2011

Hepi Bezday to U...


Assalammualaikum semua..hari ini umi lambat untuk mengupdate blog umi,seperti biasa,setiap human mempunyai hari kelahiran masing-masing..umi baru menyambutnya pada  28 Julai 19..Wah,macam biasanya umi akan sambut bersama family,kali ini berbeza,dengan anak sekali,ayah cuma bawa umi jalan-jalan,sebab aritu kan dah dapat SAMSUNG GALAXY 2..hadiah advancedkan,tapi dapat jugaklah barang-barang make-up..heheh al maklumlah sejak kerja kat klinik asyik nak make-up je tak tentu pasal,sampai muka nampak pucat bila tak make-up..rasa dapat wish je lah dalam facebook,trimas buat member-member yang wish itu,memang ramai kawan yang wish,alhamdulilah,masih panjang umurku untuk menambah zuriat..hehhehe...
Last pergi SECRET RECIPY(betol ke umi eja ni?) makan punya makan hinggalah tak sedar,sedapnya,dan duit sekali sedap..kaya betol depa nikan? Mahal bukan main lagi,sedap je letak harga mahal-mahal..faedahlah sangat...hari ini baru tamat tengok cite Nora Elena..kan sebelum ini tak pernah nak tengok pasal kerja shift hour mana nak tengoknya mak cik,pak cik..apalagi soh ayah donlod la cite tu..Sebenarnya best gak cite tu,kadang geram pun ada..takdelah sampai muja sangat,cuma ok lahhh..apa pndapat korang tentang cite ni? Ok ke? Nak jugak jadi macam elena dapat bunga dalam bonet? Soh lah laki hangpa tengok cite ni..kalau ada naluri macam seth tan,mesti depa buat..hehehe..laki cek tak tengok cita ni,dia tak tiru macam seth pun takpa,janji tak jadi macam eid,tuduh melulu ja..kan? Perangai macam yvonne pun satu hal la pulak..ha! kan dah lari topik,cita pasal Nora pulak dah..ok laahh..bye...

Friday, July 22, 2011

Vespa vs Superbike


vs



Assalammualaikum..dapat lagi satu cerita,korang lebeh prefer yang mana satu? Vespa ke superbike? Vespa memang umi tak pernah naik tapi rasa macam teringin sangat,cepat ke lambat ye sampai? Tapi yang pasti kawan umi pernah naik vespa,macam best je,teringin tapi siapa nak bawa? hehehe..agak-agak korangkan,macamana rupa umi naik vespa ye? Mesti bertambah COMEL gitu..Sekarang inikan kalau nak jumpa orang bawa vespa kalau nampak nak je umi jerit.. "Oii! Benti2,aku nak tumpang!!" Agak-agak laju tak vespa tu pecut? Memang pecut kalah superbike..hahaha...
Superbike! Woo,agaklah memang umi pernah naik,dan nak naik lagi,tapi samaada orang yang bawak tu suami umi atau ibu umi yang bawak,senang nak peluk kot..Uisy,kalau ibu umi boleh bawak memang umi tabik spring!! Kali pertama umi naik masa pergi pasar malam..ahaks.darah sampai pala tu..menajutkan..yang penting orang belakang naik kena tonggek..seram! Fuh!! Tapi tgk gmbar bwh ni,lagi selamat.. Cik2,tumpang sebelah..maaccceeehh,..

Kenangan..

Assalammualaikum..apa khabar anda di tengahhari Jumaat ini? Kalau dah tengahhari jangan lupa pada yang lelaki menunaikan kewajipan anda sebagai seorang lelaki ye.Umi ingin meluahkan rasa hasrat dihati,pada seorang sahabat,ingatlah sahabat anda sampai bila-bila,umi tahu walaupun anda mempunyai sahabat,jangan anda ingat sahabat itu akan menjadi sahabat sejati anda sampai bila-bila. Umi teringin mempunyai sahabat yang jujur,tapi dalam 1000 hanya seorang sahabat begitu boleh jumpa.Anda mempunyai berapa orang sahabat sejati? Banyak? Tahniah ye..
Umi rasa benci sangat pada sahabat yang pernah susah senang bersama tapi buat-buat atau memang sengaja lupa sahabatnya.Itu bukanlah sahabat yang sejati namanya.SEPERTI KACANG MELUPAKAN KULIT.
Umi sangatlah silap mempunyai sahabat yang begitu.Tidak mengapa kalu hanya hilang satu sahabat,tiada siapa akan hairan kalau kita kehilangan satu sahabat.Biarlah ianya pergi,mungkin dia mempunyai sahabat yang sejati dan mungkin dia mempunyai kekasih yang cemburu bila melihat kekasihnya rapat dengan sahabat..ALHAMDULILLAH..
Bersyukurlah walau sahabat-sahabatku sekalian ianya tidak akan kekal lama,umi dah merasainya lebih,tapi bukan bermakna umi akan kehilangan kesemua sahabat yang umi miliki.Terima kasih selama ini pernah membantu dan menolong umi bila umi dalam kesusahan umi mengahargai sangat-sangat cuma umi mungkin tak berkesempatan untuk menyambut penghargaan umi buat sahabat.Umikan jahat cuma umi selalu buat sahabat sakit hatikan? Sahabat,umi masih mengingati sahabat seperti dahulu,yang selalu menjinjing mendukung umi bila umi dalam kesusahan,walaupun kita tak pernah bertengkar namun umi masih ingat betapa baiknya kita dahulu..kan? Owh,untuk apa umi mengingatkan shabat,sahabat sudah pun melupakan umi buat selamanya.babai sahabat!