Saturday, September 10, 2011

Panjat Memanjat!



Assalammualaikum..hai apa khabar kawan-kawan sekalian? Macammana berat badan selepas Raya ltahun ini? Berkekalankah BERAT BADAN ideal anda? hahaha..Ini adalah soalan yang sama sekali tak boleh diterima!! Nak tahu kenapa? Sebab berat badan umi telah naik kembali sebanyak  3 kilo! Owh,ini memang tidak boleh diterima..Apa boleh buat.orang kata raya,takkan nak tengok je? Betul tak? Yang paling penting..umi yang dah ada anak dan suami,dapat duit raya..hahaha..percaya tak?
Walaupun sekadar RM5,umi masih mendapat duit raya. Kebahagiaan tu!! hihihi..

Okeylah! Berbalik pada tajuk kita yang sebenar-benarnya..Umi nak bincang pasal anak umi yang suka panjat-memanjat sejak akhir-akhir ini..dalam bulan ini,dia akan menginjakkan usianya ke SETAHUN..sekejap je rasanya...macam baru je mengandungkan dia..hehhehe..sebenarnya tengok orang mengandungkan,rasanya macam nak mengandunglah pulak..seronok tengok baby tendang-tendang dalam perut ni..
isy! Kuat betul berangannya...hahahaa...
Sejak beberapa akahir ini,gemar pulak dia memanjat-manjat,sampai katil yang umi beli untuk dia masa baby,mana pernah dia pakai,dia tak mau duduk dalam katil dia,tak tahulah kenapa..dia panjat tepi-tepi samapai nak jatuh dia buat tak hairan je..tak takut jatuh langsung..masa umi duduk depan tv atas tilam,dengan senyap dia merangkak kat umi dia panjat umi.Umi pun buat tak tahulah,nak tengok apa reaksi dia..Rupanya dia panjat umi untuk dijadikan sebagai pemegang,dan dia lepaskan tangan dia tatih,tatih,tatih daannnn jatuh...dia tersenyum..maksudnya tak takut jatuh,tapi jangn marah dia,kalau marah dia,dia akan tunduk dua,tiga kali pastu dia akan tersenyum..memang nak kena makan gigitan umi..hahaha...suka pura-pura..anak siapalah ni? hehehe..


p/s: Tolong ye! Yang masih mempunyai ibu dan bapa,jangan melawan cakap mereka..Umi merasa menyesal,umi berjanji akan jaga mereka sebab mereka darah daging umi..umi sayang mereka lebih nyawa umi sendiri..ibu dan bapa mertua ibarat ibu dan bapa kandung sendiri juga..sayang mereka berempat...

No comments:

Post a Comment