Friday, July 22, 2011

Kenangan..

Assalammualaikum..apa khabar anda di tengahhari Jumaat ini? Kalau dah tengahhari jangan lupa pada yang lelaki menunaikan kewajipan anda sebagai seorang lelaki ye.Umi ingin meluahkan rasa hasrat dihati,pada seorang sahabat,ingatlah sahabat anda sampai bila-bila,umi tahu walaupun anda mempunyai sahabat,jangan anda ingat sahabat itu akan menjadi sahabat sejati anda sampai bila-bila. Umi teringin mempunyai sahabat yang jujur,tapi dalam 1000 hanya seorang sahabat begitu boleh jumpa.Anda mempunyai berapa orang sahabat sejati? Banyak? Tahniah ye..
Umi rasa benci sangat pada sahabat yang pernah susah senang bersama tapi buat-buat atau memang sengaja lupa sahabatnya.Itu bukanlah sahabat yang sejati namanya.SEPERTI KACANG MELUPAKAN KULIT.
Umi sangatlah silap mempunyai sahabat yang begitu.Tidak mengapa kalu hanya hilang satu sahabat,tiada siapa akan hairan kalau kita kehilangan satu sahabat.Biarlah ianya pergi,mungkin dia mempunyai sahabat yang sejati dan mungkin dia mempunyai kekasih yang cemburu bila melihat kekasihnya rapat dengan sahabat..ALHAMDULILLAH..
Bersyukurlah walau sahabat-sahabatku sekalian ianya tidak akan kekal lama,umi dah merasainya lebih,tapi bukan bermakna umi akan kehilangan kesemua sahabat yang umi miliki.Terima kasih selama ini pernah membantu dan menolong umi bila umi dalam kesusahan umi mengahargai sangat-sangat cuma umi mungkin tak berkesempatan untuk menyambut penghargaan umi buat sahabat.Umikan jahat cuma umi selalu buat sahabat sakit hatikan? Sahabat,umi masih mengingati sahabat seperti dahulu,yang selalu menjinjing mendukung umi bila umi dalam kesusahan,walaupun kita tak pernah bertengkar namun umi masih ingat betapa baiknya kita dahulu..kan? Owh,untuk apa umi mengingatkan shabat,sahabat sudah pun melupakan umi buat selamanya.babai sahabat!

No comments:

Post a Comment