Sunday, August 7, 2011

Kuasa AIRMATA..

Assalammualaikum,disini saya nak berkongsi cerita copy by DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj..
Kalau bukan kita yang guna takwim Islam ni,siapa nak guna? Orang Islam sendiri tak tahu, tak reti, tak faham, tak ingat.Ooo, apalagi yang tinggal buat kita banggakan bersama?
Tuan-puan, sikit lagi nak bicara tentang kuasa airmata.Pastinya isu ini ramai peminatnya. Masing-masing kata baru sedar berkuasanya air mata..Laa, baru tahu ke??
Dalam banyak perkara, air mata adalah penyelesaiannya.Bayangkan suatu hari anda dapat surat pemberhentian kerja.Memang anda tahu anda bersalah, sebab tak cekap buat kerja. Kalau anda jumpa bos,merayu dengan menangis boleh jadi berubah keputusan bos.Walaupun tak semestinya jadi,tapi tak mustahil jadi.
Kalau anda mengaku kesalahan dah tu janji akan buat yang terbaik atau kesilapan tu tak akan berulang, bos boleh pertimbang. Lebih-lebih lagi kalau sebab anak-anak ramai, isteri pun bukan sorang, air mata berjujuran , sedang anda seorang lelaki, misai melentik, muka bengis tapi menangis merayu simpati,merayu pertimbangan orang boleh beri.
Seorang isteri misalnya,minta gelang dari dulu tak pernah dapat. Mana nak dapat asyik, "Bang,awat hang ni? Mana gelang cek? Belasah kang." Siap angkat tangan lagi gaya nak memukul. Mana nak dapat. Dapat penampor adalah. Orang Muo tak cakap penampar,tapi penampor,gebor,gobok.Gebor tu gebar. Gobok tu almari.
Tapi cuba "Bang isyak-isyak ( yang isyak tu nangis le),kesian cek satu gelang emas pun tak dok." Abang boleh bagi , abang akan berusaha bagi.Tak dapat rantai emas,asalkan nama dia rantai dia boleh bagi.
Nampak kuasa tangisan?
Sepupu saya,lelaki junior tiga tahun daripada saya,kami sama-sama membesar di kampung. Perangai dia dengan saya jauh. Dia kalau dia nak sesuatu,tengah bandor ni,dia pegang benda dia nak tu tak lepas punya. Tarik sepuluh orang pun tak lepas. Apa yang dia nak? Kasut kulit, baju, permainan. Bukan murah-murah,sepuluh ringgit tuan. Zaman dulu,tahun 60-an kalau sepuluh ringgit macam lima puluh. Bayangkan orang kampung,anaknya mati-mati nak kasut harga lima puluh. Dah tu,dia boleh nangis. Tak bagi jugak dia baring atas kaki lima kedai tu,dia pekik " Nak kassuuttt!! Satu bandor Muo terkejut tuan. Tak malu emak bapak?
Saya yang jadi budak kecik masa tu pun malu,lagilah emak bapak dia. Tapi disebabkan dia menangis macam itu, dia dapat. Maka bergayalah dia sentiasa dengan baju baru dia,dengan seluar baru dia,dengan topi baru dia, dengan kasut baru dia..Sampai kami panggil dia orang putih komproh,bergaya habis. Saya yang baik ni tak pernah merasa. Paling hebat pun selipor Jepun le,masa tu harganya 40sen.
Kuasa tangisan pada seorang ibu terhadap kedegilan anak insay-ALLAH berkesan untuk mengubahnya daripada degil kepada kurang degil,daripada jahat kepada kurang jahat,daripada sampai hati kepada kurang sampai hati. Kalau pun dia tidak mengubah mendadak pada hari itu,insya-ALLAH sampai ketika dan saatnya dia akan terkesan juga.
Kalau rajin,dengarlah radio segmen kenangan lalu. Tak sikit orang yang telefon DJ cerita bagaimana nakalnya mereka sewaktu hidup bersama emak ayah dulu. Masa tu memang tak jadi apa emak ayah menangis airmata darah sekalipun.Tapi sekarang,bila teringat emak ayah yang dah tak ada,yang dulunya desebabkan perangai dialah emak ayah jadi susah hati,emak ayah menangis tak henti,sekarang dia pulak yang nagis.Sok sek sok sek menangis dalam radio. Menyesal sangat. Balasannya,mereka jadi anak soleh ataupun solehah yang mendoakan emak ayah di alam barzah sana. Nampak tu? Kuasa tangisan memang sentiasa tinggin untuk mengubah hati manusia.
Dan anda,jika anda berdoa sekian lama rasanya macam tak juga tercapai,tak  juga dapat,tak juga makbul apa kata malam ini bangun qiamullail.Selepas solat hajat nanti berdoalah sampai menangis.
Dari website 'I Love Islam' ada sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi,Ahmad,Abu Daud dan An-Nasai' . Imam Tarmidzi mengelaskannya sebagai sahih. Hadisnya berbunyi begini," Aku melihat Rasulullah s.a.w besolat sedangkan dadanya bergetar-getar seperti air mendidih kesan daripada esakan menangis."
Huraian hadis seperti terpapar dalam web itu kata,menangis boleh tapi tidak berbunyi.Kerana dikhuatiri ia  boleh memasuki wilayah bercakap-cakap secara tidak sengaja dalam solat.,itu batal. Kalau nak berbunyi punya nangis nanti lepas solat dan ketika berdoa.
Moga-moga ALLAH mendengar doa yang kita panjatkan beserta tangisan. Itu tanda betul-betul mintak buakan cobaan lagi,tapi betul-betul.Insya-ALLAH orang yang betul-betul mintak akan betul-betul dapat.
Orang yang mudah menangis akan mudah dapat apa yang dia nak..

Jujur ikhlas dalam perbuatan,

Amanah dipegang lambang kekuatan.



Bekerjasama dengan rakan sejawat,

Bereskan tugasan jangan terlewat.



Bekerja bukan kerana pangkat,

Prestasi kerja mesti ditingkat..

No comments:

Post a Comment