Saturday, July 6, 2013

Kegembiraan..Apa tu??


INILAH SALAH SATU KEGEMBIRAAN..

Assalammualaikum dan bertemu kita kembali..
Sebenarnya lama sangat kita tidak berjumpa di laman blogs habuk umi ni...hehehe..
Nak tau kenapa? Umi dah lama tak pegang laptop umi,tak tahu kenapa umi tidak membukanya...Malas satu,dan untuk menaip tu kadang langsung tidak mempunyai masa...


Hari ini kita banyak berkongsikan gambar ye!! Sebab umi banyak nak memperkenalkan gambar dan ketenangan yang umihadapi sekarang ini..Begini,laptop umi tu dah lama tak berusik..kadang2 nak bukak pun rasa macam tak ada masa...umi ni bukanlah penulis blog tegar..tapi  umi akan membuahkan novel suatu hari nanti..
Kegembiraan yang nak umi kongsikan adalah umi telah pun mengisikan perut umi dengan satu nyawa...sekarang dah hampir masuk 22 minggu..due date umi pun bulan November..tak sabar umi ingin melalui proses itu semula..Anak umi yang bujang tu pun dah masuk 3 tahun..cukuplah untuk dia memiliki seorang adik dah mempunyai tanggungjawab memiliki adik...


Kesabaran itu amatlah penting..bila kita menambahkan lagi seorang keluarga,kesabaran yang di utamakan..kerana anak bujang umi ni pun memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi ye...heheheehe..
Tapi dia otak geliga,umi lega dia sudah menunjukkan sikap yang bertanggungjawabnya itu..ok lahh tuuu...
Sekarang ni pun dia ok je..tak mengganggu macam dulu lagi..budak dulu dengan sekarang berbeza..hehe..

Ha !! Lagi satu benda umi nak shared..umi sebenarnya dah berpindah dari Sg Buloh ke Jln Klang Lama..ok la tu,sebab rumah yang umi duduk sekarang ni berdekatan dengan ibu umi dan tempat kerja umi..senang nak hantar budak buchuk sorang tu..Seronok sebenarnya...umi tak buat apa2 kenduri lagi sebab umi ingat nak buat kenduri bila anak umi yang no 2 ni dah lahir nanti..disekalikan..kan senang? Bajet pun bajet..hehehe...ekonomi tinggi sekarang nikan..

Oklah setakat itu saje umi nak shared buat masa ni..nanti bila ada masa panjang kita berjumpa lagi ye..

Bye2..Assalammualaikum....

Monday, April 2, 2012

Betul2 Hilang Upaya

Assalammualaikum..salam sejahtera semuanya,apa yang umi nak bincangkan hari ini ye? Sebenarnya umi ada membuat sebuah novel..ramai yang tahu pasal novel umi ni..

Ada sesiapa yang boleh bantu umi? Mana umi nak menghantar novel ini? Atau ada sesiapa boleh hantarkan? Hehehe...Macam inilah,umi tak mahu sebut tajuk novel umi lagi tapi yang pasti umi akan hantar novel ini suatu hari nanti..siapa nak baca? Sila ramai2 angkat kaki..hehehe..
Adik2 semua,kalau nak tahu umi sebenarnya dah lama tak menulis balik sebab umi dah betul2 hilang upaya..selera makan umi ditarik begitu sahaja,nak tahu kenapa? Hempedu umi dah tak ada lagi..sesal dah tak ada gunanya lagi..apalah yang umi mampu lakukan? Menangis pun,hempedu tidak akan kembali lagi..

Dugaan yang umi terima amatlah pedih..umi jumpa Dr Maslinor yang juga kawan umi di Sg Buloh untuk bertanyakan keadaan umi..nak tahu dia kata apa? "Sayangnya kau muda lagi dah kena tarik selera,kalau macam aku ni tak apalah,sbb aku dah makan garam dari kau.."

Tak apalah,cuma banyakkan bersabar dalam hati ini... "Kau ni dah kira 'orang kurang upaya' dah cuma tak ada kad je..Umi akan cuba untuk bersabar sebaik mungkin...Boleh kuruslah umi macamni..

Kalau korang? Benarkah korang dapat terima kenyataan ini? Sekurang2nya umi dah boleh terima keadaan ini..NO BEEF,NO CHICKEN n NO OIL..terutama sekali lemak haruslah dielakkan..Alhamdulillah,umi bersyukur,umi dah puas apa yang umi dah nikmati selama 22 tahun 7 bulan..terlalu muda bukan untuk lupakan semua makanan itu? Sabarlah,ada hikmahnya kenapa umi kena terima semua ini..

Korang berhati2 dalam permakanan,jaga diri elok2..

Assalammualaikum,umi dah lupakan apa yang orang buat kat umi,umi akan buat apa yang umi rasakan benar....

Wednesday, March 7, 2012

umi merinduimu sayang..

Assalammualaikum semua..

Saat ini umi amat merindui anak bujang umi..apa agaknya dia buat sekarang ye? dah tidur ke belum..sebenarnya umi ada kat wad..menjalani rawatan yang amat diperlukan,tak pernah tinggal anak tu yang terasa amat merinduinya..

Adik,xmau nakal2 k..nanti umi balik,umi nak cium anak manja kesayangan umi ni..

Sebenarnya nak update banyak,tapi mood untuk menulis hilang,nak tau sebab ape? sebab saya membaca banyak blog yang selalu saya baca sekarang semua privatekan..sedikit sebanyak kecewa gak..

wasalam..

Saturday, January 21, 2012

Hilang Upaya / Keupayaan

Assalammualaikum dan selamat malam u'ollss..
Berhabuk lagi la umi punya wall ni,awatlah kamu tak tolong bersihkan...Tak kesian ke kat umi..hari-hari umi nak kena bersihkan..




Tunggu sat na..umi nak kemas dulu wall ni...



Puhh..puhh...psssttt...pssttt...(sembur pewangi sikit)..

hisyy..husshhh...



Ha,baru boleh menulis sikit,sebenarnya umi nak beritahu sikit,siapa boleh tolong umi buat kerja sampingan yang boleh masuk in come sikit-sikit,sebenarnya umi nak plan ada anak lagi dan umi sedikit pun tak sampai hati nak bagi ibu umi jaga semua anak umi...


Dan lagi-lagi bila umi dengar macam-macam berita hantar kat pengasuh dan umi tak percaya orang luar.Susah dan berat rasanya hati ini.Kalau korang pun mesti tak mau benda yang tak diingini berlakukan??


Samalah perasaan umi sebagai seorang ibu.Umi kasihan dengan satu berita yang dua kematian berlaku serentak..apakan daya dan kudrat hati seorang ibu dengan hanya redha..kalau umi tak mungkin akan setabah itu..umi terlalu sangat sayangkan anak umi..hampir menitis airmata umi...


Hilang keupayaan itu macam-macam sbenarnya...umi kecewa kerana umi mempunyai seorang kawan yang tidak tahu menghargai..apalah kudrat umi untuk redha menghadapinya..entah siapa akan memahami umi selain dari family umi sendiri...


Apakah orang yang melakukan kesalahan dihadapan mata selalunya nampak betul?? Betul!! Tak semestinya kita akan sentiasa betul..tapi silap umi,umi terlalu ramah dengan orang.Tapi umi tak jahat,hanya dengan kebaikan yang kita beri,diduga macam-macam..


Umi redha,tapi ada sampai satu tahap,membuatkan hati umi hancur berkecai,umi sanggup tak ada dan mempunyai kawan,tapi umi tak sanggup emlihat orang yang membuat umi kecewa,kerana boleh mengganggu periuk nasi umi...bantulah umi..umi dah tak tahan dan tak sanggup,memang umi tak kacau hidup orang,tapi apakah orang yang sanggup mendoakan kematian umi? Korang sanggup dengar??


Umi dah tak sanggup untuk menaip lagi..umi akan berhenti..


Assalammualaikum para sahabat yang disayangi,pembaca yang dihormati,pelindung dariku untuk kamu semua..Redhalah dengan apa yang diduga.Berjanjilah,jangan sekali bermain dengan angin,contoh dah ada depan mata,tabahlah..
Umi doa kalian berjaya dan semoga dirahmati ALLAH selalu..


HAPPY CHINESE NEW YEAR...

Sunday, January 1, 2012

Tahun Baru, Tahun Keramat

Assalammualaikum,selamat tengahhari buat sahabat andai yang sudi menyinggah di blog usang umi yang tidak seberapa ni..hehehe...
Pejam celik,pejam celik dah masuk tahun barukan...serronoknya..sekejap je masa terus berubah,antaranya,umurku makin meningkat,umur suami,umur anak,umur usia perkahwinanku,usia kita kerja berapa lama..seronoknya bila memikirkan,tapi apa yang umi sebut semua tu tadi,semuanya tak penting langsung,yang penting adalah.....PERUBAHAN HIDUP,CARA PEMIKIRAN KITA,TINGKAH LAKU KITA TERHADAP ORANG...

Apakah penerimaan orang sama seperti mana kita menerimanya? Tidak,dan itu tidak mungkin berlaku sama sekali..

Tahun baru ini,cubalah kita buat perubahan sedikit demi sedikit,kerana untuk sampai 31 Disember...lambat lagi...tak salah jika kita mencuba..betul tak?

Ok apa kata kita try sama-sama nak tak? Ok ini antara senarai yang umi nak buat dalam tahun ini...kita hanya merancang,dan yang menentukan adalah ALLAH..betul tak?


Sebenarnya umi takut nak memperkatakan apa yang umi nak buat tahun ini..umi harap sangat umi nak berjaya melakukannnya...harap umi mendapat sokongan padu,ketat-ketat sangat...hehehehe
  • Ingin kurus dalam masa 4 bulan
  • Ingin preggy tahun ini,bersalin tahun depan..hehehe
  • ingin merubah fikiran kolot ke moden..huahuahua
  • menyayangi suami,anak2,family,family mertua lebih dari diri sendiri
  • sentiasa berfikiran positif
  • TIDAK akan mudah mempercayai orang dengan mudah
  • Ingin mencari kekuatan dalam diri sendiri
  • Cuba tidak cepat marah,bengis..(tahun ni banyak benor bengisnya..hihihi
    Cukuplah sampai situ je..nak lebih2 takut tak mampu,Allah tak suka kita berlebih2an..

    BIAR APA ORANG NAK KATA,TETAPI FIKIRAN KITA BIAR POSITIF..


    TERIMA KASIH SAHABAT....

Sunday, December 18, 2011

Kebahagiaan 2 Hati 1 Jiwa...

Hai..Assalammualaikum dan salam sejahtera buat para sahabat yang amat dikasihi..
Alamak!! Lama sangat rasanya dah tak buka blog,bukan apa..masanya bukanlah mencukupi buat umi..Kalau nak typing mesti nak masa yang lama..

Kalau korang,lama tak buka blog? Asal umi nak type je,tak jadi...macam tak best je ayat..huhuhu...

Tapi umi hargai sangat-sangat,sebab para sahabat umi di blog memberi semangat yang kuat untuk umi kembali blogwalking..thanx sahabat..

Okey...
Berbalik pada tajuk yang asal... "Kebahagiaan 2Hati 1Jiwa"

Ini kisah mengisahkan tentang umi dan ayah yang bersatu pada tarikh keramat ini... 18th DECEMBER....

Kalau diikutkan hati,teringat kembali kenangan kami..usia perkahwinan kami masih muda,dan amat mengharapkan berpanjangan,saat disatukan sehingga kini masih terasa kebahagiaan..siapa yang kahwin tak merasai kebahagiaan?? Meh sini umi nak dengor sikit ceritanya..hihihi..


Janganlah marah,umi tahu usia perkahwinan masih muda..of course la tak layak nak bagi nasihat..

Tapi umi nak jugak cakap..hehehe...

Kesabaran itu terlalu amat penting,siapa tak takut kalau rumahtangga kita goyah? Selama kita berkasih sayang,bertaut rindu ada siapa tahu kesusahan dan kesenangan dalam rumah tangga kita yang kita alami? Tak adakan? Jadi kitalah yang menghadapi segalanya...


Jika antara suami dan isteri yang mempunyai sifat panas baran,dan kedua-duanya sama,padamlah satu antara berdua..jika suami tidak boleh,isterilah perlu menjadi ayer..hehehe..betul tak?


Berkorban dalam kekeluargaan tiada salahnya,itu adalah salah satu sifat yang menjadi penyelamat..Kebahagiaan akan datang kembali..Oleh itu...sabarlah,berkorbanlah demi jangka masa yang amat panjang..Hadapinya,jangan pinggirkannya..


Alhamdulillah,umi bangga mempunyai seorang suami seperti ayah. Rajin,ringan sangat tulangnya,lagi-lagi mempunyai seorang anak yang sangat memberangsangkan..Semua adalah kebahagiaan selma-lamanya...


AMINNNN......





Thursday, September 29, 2011

Memaafkanya MUNGKIN ya! Melupakannnya mungkin TIDAK!!

Assalammualaikum pada semua sahabat yang amat dikasihi..
Nak diceritakan beginilah,memang seronok kalau kita nak mencari kawan masa senang,tapi susahkan kita nak mencari kawan2 yang sama2 menangis..

Bagi umi,umi boleh menerima seorang sahabat yang ada masa SUSAH dan masa SENANG..tapi macamana kita nak mencari sahabat macamana yang pernah umi dapat..Tak ramai yang boleh jadi macam sahabat umi dahulu..spanjang dan seumur hidup umi,hanya dapat seorang kawan yang sebegini rupa..


Umi takkan benci orang itu,bukanlah umi yang insan terpilih untuk membenci orang itu,,hanya itu kuasa ALLAH s.w.t untuk menduga umi sebegini dan seberapa tabah umi untuk meningatinya..Dan anadai sekiranya orang yang membacanya mengatakan dalam hati... " hipokrit, dia agaknya yang xbetul"..

YA!! Memang umi tak betul...sebab itu ALLAH s.w.t menduga umi agar Dia dapat menyuruh umatNya ini agar tidak melupakannya,diuji sebegini..umi tidak sekali menyatakan yang umi adalah BETUL! Umi cuma terkilan kerana tersalah memilih kawan.

Ini adalah kesilapan umi sendiri,kerana selalu mengabaikanNya. Umi bukanlah seorang yang warak,tapi umi sedar dimana umi berpijak,dan tak sangka dengan kebaikan kita selama ini rupa-rupanya ada udang di sebalik batu..

Kalau nak tahu umi ni jenis apa,mari umi terangkan..Apa yang kawan umi suruh,umi buat,sampaikan hal peribadi pun umi turutkan..umi dengar je apa yang mereka minta bukan hal kerja..umi tak mau sekali-kali umi mengecewakan sahabat umi...umi takut kehilangan kawan..

Sampaikan mereka selalu sakiti hati umi,tapi umi diam..umi sedar...mereka nak memperGUNA kan umi ni..mentanglah umi ikut apa yang mereka nak..tapi jangan ingat umi boleh turuti semuanya..umi tak tahulah..umi kasar,umi melawan,tapi umi TEGAK kan apa yang umi rasa betul..umi bukan nak menyalahkan orang lain,tapi umi tetap mempunyai hak!!

Tak semestinya umi juga tidak boleh membenci,tapi ibu dan ayah umi TAK PERNAH mengajar umi membenci orang..sebab itu akan kita mendapat balasan jika membenci orang...

Umi nak minta maaf andai umi tidak menegur orang yang buat salah dengan umi,kerana hati umi sangat-sangatlah terluka hanya benda yang umi tak pernah buat dan umi mengaku awal-awal umi tak tahu,tapi umi tanya pada orang yang tahu dia nak mengajar umi..TERIMA KASIH..

Tapi....pada orang yang nak ajar umi tu,tahu umi sibuk sangat..apalah salahnya kalau dia yang membuatkan tanpa permintaan umi?? Tak salahkan kalau rasa nampak SAHABAT itu sibuk?? Nak ajar masa umi ada patients dengan doctor..memanglah tak sempat..

Doctor yang umi jaga itu namanya juga dirahsiakan...beritahu umi..apalah salahnya orang yang passover kat umi tu buat sebelum dia balik?? Korang boleh fahamkan maksud umi? Semua penyataan diatas adalah benar berdasarkan BENAR..tiada penciplakkan..

Doctor tu pun kata..sabarlah..dia sendiri beritahu..berhati2 dengan orang yang atas tu,mulut dia boleh tahan..umi tak tipu apa yang umi dengar..doctor pun sedih dengar cerita umi..umi sabar..


Umi nak berhenti..tapi siapa yang boleh carikan umi kerja baru? Kalau pergi mana2 pun tetap sama..cuma antara tahan dengan tak tahan je.......





ALHAMDULILLAH