Sunday, September 18, 2011
Friday, September 16, 2011
Suka dan Suki..
Assalammualaikum..apa khabar? Sihat? Umi buka je blog,ada kawan2 bloggers menegur..thanx alll..
Walaupun suka menyinggah,tapi umi tahu,tak ada yang membacakan? hehehe..
Tak apa..umi tak kisah,janji sekurang-kurangnya anda mesti mempunyai luangkan masa..
Nanti kalau ada masa umi akan meluangkan masa untuk menyinggah pula..
Ok.sekali sekala umi nak juga merubahkan sesuatu..tapi akibatnya,tak siapa yang tahu..
Orang ni macam-macam perangai,ada benda yang menyakitkan hati kita,kalau harap orang nampak macam beriman,tudung litup,tangan sembunyikan aurat,tapi dia tidak sedar...
Dia hanya berdiri diatas dua kaki dan hanya meminjam bumi ini atas dasar rasa dirinya tidak layak memiliki segalanya...
Owh...
Sangatlah menyakitkan hati.Umi bukanlah nak kata umi ni jenis yang tak pernah buat salah..LANGSUNG TIDAK..
Tapi cukuplah sekadar memberi peringatan,'dia' tidak menghormati orang..walhal dengan mertuanya sendiri...Bukankah mertua itu ibarat ibu atau bapa kandungnya sendiri? Apa CER?
Bolehkah kerna marah,dia pedulikan ibu mertuanya tanpa memikirkan perasaan hati seorang ibu? Maaf.
Kali ini,dia tunjukkan pada ayah umi sendiri pula..nantilah,dia akan tahu akibatnya,sekarang dia dah tahu,Allah takkan menunggu untuk memberi balasan..ALLAH ingin sekadar mngingatkannya..
Bukan untuk ketawa,tapi sekadar beringat...Nanti umi sambung lagi..Tunggu tau!!

Saturday, September 10, 2011
Panjat Memanjat!
Assalammualaikum..hai apa khabar kawan-kawan sekalian? Macammana berat badan selepas Raya ltahun ini? Berkekalankah BERAT BADAN ideal anda? hahaha..Ini adalah soalan yang sama sekali tak boleh diterima!! Nak tahu kenapa? Sebab berat badan umi telah naik kembali sebanyak 3 kilo! Owh,ini memang tidak boleh diterima..Apa boleh buat.orang kata raya,takkan nak tengok je? Betul tak? Yang paling penting..umi yang dah ada anak dan suami,dapat duit raya..hahaha..percaya tak?
Walaupun sekadar RM5,umi masih mendapat duit raya. Kebahagiaan tu!! hihihi..
Okeylah! Berbalik pada tajuk kita yang sebenar-benarnya..Umi nak bincang pasal anak umi yang suka panjat-memanjat sejak akhir-akhir ini..dalam bulan ini,dia akan menginjakkan usianya ke SETAHUN..sekejap je rasanya...macam baru je mengandungkan dia..hehhehe..sebenarnya tengok orang mengandungkan,rasanya macam nak mengandunglah pulak..seronok tengok baby tendang-tendang dalam perut ni..isy! Kuat betul berangannya...hahahaa...
Sejak beberapa akahir ini,gemar pulak dia memanjat-manjat,sampai katil yang umi beli untuk dia masa baby,mana pernah dia pakai,dia tak mau duduk dalam katil dia,tak tahulah kenapa..dia panjat tepi-tepi samapai nak jatuh dia buat tak hairan je..tak takut jatuh langsung..masa umi duduk depan tv atas tilam,dengan senyap dia merangkak kat umi dia panjat umi.Umi pun buat tak tahulah,nak tengok apa reaksi dia..Rupanya dia panjat umi untuk dijadikan sebagai pemegang,dan dia lepaskan tangan dia tatih,tatih,tatih daannnn jatuh...dia tersenyum..maksudnya tak takut jatuh,tapi jangn marah dia,kalau marah dia,dia akan tunduk dua,tiga kali pastu dia akan tersenyum..memang nak kena makan gigitan umi..hahaha...suka pura-pura..anak siapalah ni? hehehe..

p/s: Tolong ye! Yang masih mempunyai ibu dan bapa,jangan melawan cakap mereka..Umi merasa menyesal,umi berjanji akan jaga mereka sebab mereka darah daging umi..umi sayang mereka lebih nyawa umi sendiri..ibu dan bapa mertua ibarat ibu dan bapa kandung sendiri juga..sayang mereka berempat...
Sunday, September 4, 2011
Dari Jauh Ku Pohon Doa...
Assalammualaikum..apa khabar kamo semua hari ini? Umi tak berapa nak sihat..sebab esok dah mula nak kerja..ada sesiapa rasa malas nak kerja tak? huhuhu..mari angkat tangan sama-sama..huhuhuhu..
Malas sungguh rasa nak kerja,bila dah mula cuti panjangkan? Umi sebenarnya dalam bulan puasa lagi umi dah rasa mata umi belah kiri nak,bergerak-gerak tanpa HENTI. tak tahulah kenapa,dan umi sebenarnya tak rasa nak menyambut hari raya,tapi kegembiraan itu datang bila melihat anak dan suami memakai baju melayu..seronok sahaja memandang anak yang tak banyak kerenah bila memakai baju yang panas..kan?

Ok. Berbalik pada tajuk yang sebenar,bukan ditujukan pada bekas kekasih,bukan juga pada bekas tunang,tapi pada sepupu umi yang eksiden malam tadi,dapat kol dalam kul 3 pagi lebih dari my mom,kata my kezen eksiden,mau tak terkejut,taklah rapat sangat,tapi masa kecik itulah bahan permainan kami..kami main sama dulu..entah dia ingat atau takkan..
Mulanya,macam nak percaya pun susah,sedih pun ada sampai terbawa-bawa oleh mimpi..patutlah masa beraya tahun ini macam tak berapa nak BEST!! Macam ada benda berlaku..takut dibuatnya..awal pagi hari ini,melawat dia,tapi tak dapat naik,sebab kami datang terlau awal iaitu pukul10 pagi..manalah datang waktu melawat..for to make sure,it's HIM inside..tak dapat keputusan,kami balik sambil menunggu ibu,m.teh n mama..sambil itu beli barang dapur..tak puas hati sungguh tak dapat tengok condition my kezen...
Bila dah masak,mama kata dia dah sampai kat HOSPITAL SG BULOH..sebenarnya my kezen eksiden dekat Klang,orang yang langgar dia itu hantar,tapi kira nasib baik dia hantar,sebabnya umi tengok keadaan dia,sengguh menyedihkan sebab pendarahan dalam otak,siapa yang sanggup tengok dia dalam keadaan macam itu? Sakit hati ini,bagaimana keadaannya saat dia dilanggar?? Korang pernah terfikir bila korang berada di tempat dia? Menangis hati ini,menitis airmata melihat keadaan dia yang tidak sedar langsung..Dia cuma terlantar dengan penuh jahitan di kepala. Katanya kakinya juga patah..apabila melihat dia,umi ingin terasa seperti sungguh kuat tabah menghadapi melihat kesengsaraan dia,tapi umi salah..umi tak setabah ibunya..mungkin ibunya dah banyak menitiskan airmata..umi merasainya kerana umi juga mempunyai seorang anak..dia bukan budak biasa suka merempit,tapi dia keluar malam untuk membeli nasi lemak kerana teringin..dia tanya pada ibunya untuk membeli nasi lemak,mana nak cari nasi lemak pada waktu malam? Dengan lantas dia pergi sendiri tanpa memakai HELMET!!! Itu adalah kesilapannya kerana tidak pakai..
Syawal ini membuat umi diselubungi kesedihan..sangat sedih..umi harap dai akan cepat sembuh,kerana dia mempunyai pertalian darah dengan umi,dia saudara umi..Muhammad Hafizuddin,sembuhlah dikau,ibumu tidak tertanggung menahan tangisan yang tidak dapat dititiskan lagi,abahmu setia menanti hingga dirimu sedar untuk bangkit membantunya..Umi tahu,At sungguh kuat..Dari Jauh Ku Pohon Doa..

Monday, August 29, 2011
Salam Hari Raya..
Salam hari raya aidilfitri..umi dah lama tak update blog ni,kini umi dok seakan2 mengemas blog umi macam mengemas uma nak raya la pulak..aduss,semangat raya kembali,tak sabar rasanya nak merayakan bersama2 keluarga di Penang..Al maklumlah,tak pernah raya di Penang,kini raya dah masuk bertiga..dulu nak minta cuti raya punyalah payah...jenuh ye idok?
Semangatnyalah macam UPIN N IPIN..yang penting tema depa mesti ada AYAM GORENG...
Tema korang ape tahun ni? Tahun lepas tema umi purple..jadi tahun ni,nak ikut tema warna COKLAT.. Wah!! Terserlah gitu,sebab ada anakkan,jadi meriahnya tak macam seperti berdua..dengan kerenah anak yang macam2 ragam..sapa yang ade anak hero mesti paham macammna kenakalan anaknya..hehehehe..
Seronoknya bila kita tengok anak pakai baju raya..Sahabat,malam ini adalah malam penuh berkat untuk berdoa,sahabat berdoalah,tapi jangan doa yang bukan2 pelak di bulan yang penuh MULIA ni..yang penting,umi dah pesan kat ayah,"JANGAN DOK DOA yg bukan2.." hehehe...apa2 sajalah,tapi yang penting,umi doakan kesejahteraan keluarga umi..semoga sihat semua,termasuk sahabat umi suma..umi sayang semua..mmmuuuaaahhh....
SELAMAT HARI RAYA EIDUL-FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Saturday, August 20, 2011
Fw:Kisah Benar : 'Abang,tunggu mak di syurga ya'
Hargai & sayangi orang sekeliling kita sementara mereka masih bernyawa..............
Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap,perut membusung , namun mak nampak ketenangan wajah abang.
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang,baju terakhir yang abang pakai,Mak terpaksa potong kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.
Tapi,mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci,sesekali mak boleh cium baju itu,sekadar pengubat rindu dihati.Kemudian abah kendong badan abang ke pangki yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mandikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua airmatanya tumpah, mengalir ke pipi, cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.
"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terakhir." begitulah kata mak pada abah.
Setelah abang dimandikan,mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. Biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.
"Kakak,jangan menangis,tak baik buat abang macam tu!"
Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.
Mak nampak airmata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga , mak usap dahi abang. Mak senyum lantas kucup dahi abang.
Mak bisikkan , " Abang,tunggu mak di syurga ya!"
Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu kami bawa abang ke tanah perkuburan.
Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah,semua kerja dipermudahkan.Abang sudah selamat disana.
Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu,ada soalan yang mereka tanyakan pada mak.
Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka " Kakak uruskan jenazah anak kakak sendiri,tapi setitis airmata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.
Mereka hairan kenapa mak tidak menangis,sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum disaat memangku sekujur tubuh yang berada dalam rahim mak dulu?
Petang itu,mak duduk disatu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macamana. Kemudian,mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.
Lantas mak capai diari kecil itu. Didalamnya tercata peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.
Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat didalamnya.
Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.
Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, disinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.
Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis,sayang.
JANUARI 11-Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak,kata doktor semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata,cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.
26 Feb 11-Hari ini ulang tahun abng ke-4 abang. Dua hari sebelum itu mak tanya,abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah.
Hah..hah..Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah.
Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur,tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam abang minta.
Mak kecewa! Selama ini,mak tunaikan apa saja permintaan abang,tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti..
Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas,abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang. Dan ketika itu,hati mak sudah terdetik,mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.
7 Mac 11-Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.
Mak bawa abang ke IJN,rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor,tiada apa yang boleh dilakukan lagi.
Abang hanya menanti waktu,mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata,masa abang tidak lama lagi.
Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak,macam mana dengan abang? Mak jawab,"Insya-ALLAH abang akan sihat!"
Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.
Mereka pun sama,masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit,jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya,biarlah mak sendiri telan.
13 Mac 11-Hari ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah. Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.
Dirumah,setiap hari mak akan tanya,"Abang nak apa hari ini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi,abang menjawab,"Mak,abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung mendengar permintaan abang.Bila abah pulang kerumah,terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab." Balai bomba!"
Sampai di situ,mak minta izin pegawai bomba.Mak kata,abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba.Pegawai itu garu-garu kepala,kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.
Belum sempat pegawai bomba itu menjawab lantas mak tari baju abang ke paras dada. Separuh berbisik,mak beritahu pegawai itu, "Encik,ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan pemintaan terakhirnya ini!!"
Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan perut dan jahitan,pegawai itu tak tunggu lama.Terus dicapainya kunci,dibuka pintu salah satu trak bomba itu.
Didukung abang,letakkan keatas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di trak itu. Abang tak perasan,mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan airmata yang mula bertakung.
Hari lain,mak tanya lagi,"Abang nak apa?"
Abang jawab,"Abang nak naik lori sampah!"
Mak dukung abang,tunggu depan rumah.Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutin mengutip sampah. Mak tahan lori itu.
"Encik,anak saya teringin naik lori ini. Boleh izinkan sebentar?"
Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.
Segera mereka angkat abang,letakkan ditempat duduk pemandu.Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka,tak sanggup lihat abang lama-lama.Sedih agaknya.
Begitulah seterusnya. Setiap hari mak akan tanya pertanyaan sama. Abang kalau nak tengok gajah,mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan,tak apa mak dan abah tak kisah,kali siliberganti dukung abang.
Abang kata nak tengok burung,mak bawa ke taman burung. Abang kata nak permainan robot,mak bawa ke kompleks membeli belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak pergi,mak tunaikan!
Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Murtabak. nasi paprik, milo ais,cendol,air tebu,air bandung,rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pukul 3.00 pagi!!
Apa saja yang teringin di tekak abang,semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta kami tunaikan.
Mak tahu,mak faham,masa abang bersama abah dan mak semakin suntuk!!
27 Mac 11-Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu,hanya terbaring sambil memeluk AINA,anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital..
'Kali ini kita bawa abang ke IJN,tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"
Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN.Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN,abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 11-Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.
"Adik tenat. Sya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"
Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr Adura doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.
Mak memang rajin bercerita dengan Dr Adura.Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan mak tak dapat tunaikan permintaan abang kek berbentuk lori sampah.
7 April 11- Pagi ini Dr Adura datang melawat abang. Kemudian Dr Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.
Rupa-rupanya tengahhari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.
Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka,Dr Adura tulis di dalam blignya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.
Sekali lagi,para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulangtahun untuk abang.Tapi abang kurang ceria,wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.
8 April 11- Tengahhari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi,abang sekadar lemah.Aabang sekadar baring termenung kek itu.
Malam itu,semasa jururawat mengambil tekanan darah abang,bacaannya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan yang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak .Malam itu,hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.
Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat.Mak duduk disebelah abang,mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagaikan anak kecil
Dalam tangis itu,mak katakan pada abang. " Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.
"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana ALLAH hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!!"
Abang hanya diam,memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya,mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada di dunia ini lagi!!
Abang pada tahun 2007
9 April 11-Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru,lebam! Dada berombak,tercungap-cungap menarik nafas.
Abang dah tak mampu berakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pukul 8.00 pagi,abah dan kakak sampai.
Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga,tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang,abang semakin lesu.Lantas mak ajak abang keluar jalan-jalan.
"Abang,nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari.!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudin abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang,tu tengok kat luar tu? nampak tak sinaran matahari tu? Cantikkan ?"
Mak tunjuk pada abang sinaran matahari itu. Kemudian abang menguap.
"Abang mengantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.
Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.
" Bang,jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makan di atas meja."
Mak tahu,masa abang sudah hampir tiba.
Sampai wad,mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah," Maakk..sakit perutt..!
Dan abang terus memanggil," Makkk!! Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang."Abang,hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"
Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh kedalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu,mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menagis.
"Kakak! Kalau kamu semua nak mengis keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu."
Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu,abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat sakaratul maut menjemput abang.
Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami.Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik,meraup wajah menahan suara tangisannya.
Jururawat yang berada di dalam bilik juga menangis,mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang nagis disaat abang akan pergi. Setits dua megalir jua airmata mak.Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah abang,Mak izinkan..Mak izinkan..pergilah,...!!!" Dan perlahan-lahan mata abang layu tertutup rapat,genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...( saat itu airmata umi jua menagis lagi..)
Pukul3.50 petang ,akhirnya abang pergi meninggalkan dunia fana ini. INNALILLAH.....Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang,"Tenanglah abang disana. Suatu hari nanti,mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang...tunggu mak di sana ya! Di syurga!!"
Abang,skarang mak dah dapat jawapannya. Mengapa mak tak menangis?
Pertama,abang telah ditakdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak disana nanti.
Kedua,apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.
Ketiga,segala hutang sebagai seorang ibu mak telah langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan abang dan buat akikah untuk abang.
Keempat,mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya.,sentiasa berada disisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.
Kelima,mak rasa istimewa dipilih ALLAH untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang,kaya kesabaran,kaya tawadhuk,kaya kerdhaan,kaya keimanan,kaya kawan,kaya ilmu,dan kaya pengetahuan.
Mak telah beri segala-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.
Abang,biarpun kini hidup mak dan abah sunyi dan kosng tanpa abang tapi..mak akn sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik IQBAL FAHREEN HAMDAN,anak bongsu dari lima beradik.Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis komplikasi jantung termasuklah kekurangan injap,jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal,malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor menjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia,ternyata anak kecil ini mapu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup JAMILAH (ibu) dan HAMDAN(bapa)..
Apa perasaan anda selepas membacanya? Umi yang membaca berulangkali,tetap menitis..Innalillahirojiunnn..takziah pada arwah Iqbal Fahreen Hamdan...

Sunday, August 7, 2011
Kuasa AIRMATA..
Assalammualaikum,disini saya nak berkongsi cerita copy by DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj..
Kalau bukan kita yang guna takwim Islam ni,siapa nak guna? Orang Islam sendiri tak tahu, tak reti, tak faham, tak ingat.Ooo, apalagi yang tinggal buat kita banggakan bersama?
Tuan-puan, sikit lagi nak bicara tentang kuasa airmata.Pastinya isu ini ramai peminatnya. Masing-masing kata baru sedar berkuasanya air mata..Laa, baru tahu ke??
Dalam banyak perkara, air mata adalah penyelesaiannya.Bayangkan suatu hari anda dapat surat pemberhentian kerja.Memang anda tahu anda bersalah, sebab tak cekap buat kerja. Kalau anda jumpa bos,merayu dengan menangis boleh jadi berubah keputusan bos.Walaupun tak semestinya jadi,tapi tak mustahil jadi.
Kalau anda mengaku kesalahan dah tu janji akan buat yang terbaik atau kesilapan tu tak akan berulang, bos boleh pertimbang. Lebih-lebih lagi kalau sebab anak-anak ramai, isteri pun bukan sorang, air mata berjujuran , sedang anda seorang lelaki, misai melentik, muka bengis tapi menangis merayu simpati,merayu pertimbangan orang boleh beri.
Seorang isteri misalnya,minta gelang dari dulu tak pernah dapat. Mana nak dapat asyik, "Bang,awat hang ni? Mana gelang cek? Belasah kang." Siap angkat tangan lagi gaya nak memukul. Mana nak dapat. Dapat penampor adalah. Orang Muo tak cakap penampar,tapi penampor,gebor,gobok.Gebor tu gebar. Gobok tu almari.
Tapi cuba "Bang isyak-isyak ( yang isyak tu nangis le),kesian cek satu gelang emas pun tak dok." Abang boleh bagi , abang akan berusaha bagi.Tak dapat rantai emas,asalkan nama dia rantai dia boleh bagi.
Nampak kuasa tangisan?
Sepupu saya,lelaki junior tiga tahun daripada saya,kami sama-sama membesar di kampung. Perangai dia dengan saya jauh. Dia kalau dia nak sesuatu,tengah bandor ni,dia pegang benda dia nak tu tak lepas punya. Tarik sepuluh orang pun tak lepas. Apa yang dia nak? Kasut kulit, baju, permainan. Bukan murah-murah,sepuluh ringgit tuan. Zaman dulu,tahun 60-an kalau sepuluh ringgit macam lima puluh. Bayangkan orang kampung,anaknya mati-mati nak kasut harga lima puluh. Dah tu,dia boleh nangis. Tak bagi jugak dia baring atas kaki lima kedai tu,dia pekik " Nak kassuuttt!! Satu bandor Muo terkejut tuan. Tak malu emak bapak?
Saya yang jadi budak kecik masa tu pun malu,lagilah emak bapak dia. Tapi disebabkan dia menangis macam itu, dia dapat. Maka bergayalah dia sentiasa dengan baju baru dia,dengan seluar baru dia,dengan topi baru dia, dengan kasut baru dia..Sampai kami panggil dia orang putih komproh,bergaya habis. Saya yang baik ni tak pernah merasa. Paling hebat pun selipor Jepun le,masa tu harganya 40sen.
Kuasa tangisan pada seorang ibu terhadap kedegilan anak insay-ALLAH berkesan untuk mengubahnya daripada degil kepada kurang degil,daripada jahat kepada kurang jahat,daripada sampai hati kepada kurang sampai hati. Kalau pun dia tidak mengubah mendadak pada hari itu,insya-ALLAH sampai ketika dan saatnya dia akan terkesan juga.
Kalau rajin,dengarlah radio segmen kenangan lalu. Tak sikit orang yang telefon DJ cerita bagaimana nakalnya mereka sewaktu hidup bersama emak ayah dulu. Masa tu memang tak jadi apa emak ayah menangis airmata darah sekalipun.Tapi sekarang,bila teringat emak ayah yang dah tak ada,yang dulunya desebabkan perangai dialah emak ayah jadi susah hati,emak ayah menangis tak henti,sekarang dia pulak yang nagis.Sok sek sok sek menangis dalam radio. Menyesal sangat. Balasannya,mereka jadi anak soleh ataupun solehah yang mendoakan emak ayah di alam barzah sana. Nampak tu? Kuasa tangisan memang sentiasa tinggin untuk mengubah hati manusia.
Dan anda,jika anda berdoa sekian lama rasanya macam tak juga tercapai,tak juga dapat,tak juga makbul apa kata malam ini bangun qiamullail.Selepas solat hajat nanti berdoalah sampai menangis.
Dari website 'I Love Islam' ada sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi,Ahmad,Abu Daud dan An-Nasai' . Imam Tarmidzi mengelaskannya sebagai sahih. Hadisnya berbunyi begini," Aku melihat Rasulullah s.a.w besolat sedangkan dadanya bergetar-getar seperti air mendidih kesan daripada esakan menangis."
Huraian hadis seperti terpapar dalam web itu kata,menangis boleh tapi tidak berbunyi.Kerana dikhuatiri ia boleh memasuki wilayah bercakap-cakap secara tidak sengaja dalam solat.,itu batal. Kalau nak berbunyi punya nangis nanti lepas solat dan ketika berdoa.
Moga-moga ALLAH mendengar doa yang kita panjatkan beserta tangisan. Itu tanda betul-betul mintak buakan cobaan lagi,tapi betul-betul.Insya-ALLAH orang yang betul-betul mintak akan betul-betul dapat.
Orang yang mudah menangis akan mudah dapat apa yang dia nak..

Jujur ikhlas dalam perbuatan,
Amanah dipegang lambang kekuatan.
Bekerjasama dengan rakan sejawat,
Bereskan tugasan jangan terlewat.
Bekerja bukan kerana pangkat,
Prestasi kerja mesti ditingkat..
Amanah dipegang lambang kekuatan.
Bekerjasama dengan rakan sejawat,
Bereskan tugasan jangan terlewat.
Bekerja bukan kerana pangkat,
Prestasi kerja mesti ditingkat..
Subscribe to:
Posts (Atom)