Sunday, November 14, 2010

Salam Takziah utk Sahabatku,Fatimatul Suhaila..

Disini sebagai permulaan,ingin saya ucapkan salam takziah utk akak Fatimatul.Saya baru tahu berita itu hari ini,maafkan saya,kerana sampai hari ini saya masih bercuti.Sahabat saya Fatimatul baru sahaja kehilangan bapanya,yang saya sendiri tidak tahu bila,arwah bapanya telah koma sejak lama akibat jatuh bilik air,kalau tidak silap saya,arwah kena strok dua kali.Sungguh simpati bila saya mendengarnya.Mungkin saat ini dia berada di kampungnya.Kak Fati,sy harap kak Fati banyak-banyak bersabar,saya faham sangat bila kita kehilangan orang tersayang,saya harap kak Fati bersama keluarga tabah menghadapinya.Tidak mengapalah kak,mungkin ini salah satu ujian ALLAH untuk akak sekeluarga,ALLAH lebih menyayanginya,redha lah akak melepaskannya,kerana arwah sakit,dengan sendirinya kita tidak sampai hati untuk melihatnya sakit.Bila saya mengarangi ini,saya teringat arwah p.cik suami saya,tidak sampai sebulan jua arwah meninggalkan isteri dan anak-anaknya,anak bongsu yang kecil masih berumur 12 tahun,arwah meninggal sebab kanser.Sungguh sedih hati ini melihat arwah p.cik,yang dulunya badan berisi,sejak sakit badan arwah kurus sangat,kadang nak melihat pun tidak sampai hati,makan mesti tidak lalu.Melalui sumber berkata sebelum arwah meninggal,arwah berjalan sendiri di laman rumah sendirian,suami saya kata tengok macam sihat sahaja,dan pada hari yang dia meninggal,dia berkata pada bapa mertua saya,yang dia dh nak pergi.Peritnya hati ini bila mendengarnya,dan pada petang selepas asar,saya nak balik rumah ibu saya di Bangsar,sempat saya dan anak saya berjumpa,dan tidak terkilan saya bila saya dapat bersalaman dengan arwah.Masa itu arwah mengatakan yang dia sakit pada mak mertua saya.Selepas bersalaman dengannya,kami pun pulang,dan kebetulan family mertua saya nak beransur ke Penang.Sesampainya kami pulang ke Bangsar,tepat jam 8malam,kami diberitahu arwah dah tiada lagi,saat itu menitis airmata saya,suami saya pergi rumah arwah di sg buloh,saya tidak dapat pergi kerana saya masih berpantang.Family mertua saya yang dah bertolak untuk ke Penang yang sudah sampai di Perak,berpatah balik ke Sg Buloh.Walau apapun yang telah terjadi ucaplah Alhamdulillah,kerana kita tidak terus menerus melihat arwah terseksa dengan kesakitan yang ditanggungnya,biarlah pada yang mereka sudak tiada,ingatilah mereka dengan surah AL-FATIHAH.Kita yang masih hidup ini tidak tahu bila akan dicabut nyawanya,bersyukur kita diberi peluang untuk bertaubat,masih mempunyai masa,sampai bila pun tidak tahu,dalam dua kejadian ini kita lihat ALLAH menarik nyawa bila mereka sakit,dan tentunya ALLAH sangat menyayangi mereka,kita ini entah bila masa sakit ataupun masa sihat.Entah esok,entah lusa..Entah2 hari ini...Subhanallah walhamdulillah wala ila haillallah wallahuakbar.......AL-FATIHAH kepada mereka-mereka yang telah pergi........................

No comments:

Post a Comment