Tuesday, November 9, 2010

Lady Gaga MENANG BESAR!

Haha...ini adalah salah satu berita hiburan yang saya temui...nak baca ke? Apa yang dimenanginya ya???
MADRID:Lady Gaga memenangi tiga anugerah MTV Muzik Eropah semalam dengan menggondol gelaran ARTIS WANITA TERBAIK,LAGU TERBAIK dan ANUGERAH POP TERBAIK selepas setahun meraih gelaran pendatang baru terbaik.Majlis itu menjadikan dua lokasi di Sepanyol bertukar gilang-gemilang bagi anugerah berprestij berkenaan.Berpuluh ribu peminat muzik memenuhi Puerta de Alcala dan Caja Magika untuk menyaksikan persembahan 14 penghibur termasuk Jared Leto dan Shakira.Lady Gaga yang berada di Budapest kerana mengadakan konsert,menghentikan persembahannya di ibu negara Hungary itu muncul berucap menerusi sidang video.Gaga meluahkan kegembiraan diatas anugerah dimenanginya terutama lagunya Bad Romance dipilih sebagai lagu terbaik .Sementara itu,anugerah Pendatang Baru Terbaik dimenangi Kesha,manakala Justin Bieber 16,memenangi anugerah Artis Lelaki Terbaik.Paramore pula merangkul anugerah Penghibur Alternatif Terbaik dan Eminem meraih anugerah Hip Hop Terbaik.Gelaran Ikon MTV antarabangsa pula menjadi milik Jon Bon Jovi yang memikat peminat dengan persembahan bertenaga menerusi lagu Shot through the heart dan you're to blame yang mengegarkan Caja Magica.Anugerah Video Terbaik jatuh kepada Katy Perry melalui lagunya California Girls.Penyanyi itu mendapat sorakan peminat ketika naik untuk menerima anugerah dengan pakaian hitam dihiasi kerawang.

No comments:

Post a Comment