Tuesday, November 9, 2010

Air Bukanlah Sekadar Penghilang Dahaga

Air? Air apa? Air putih la,air masaklah,air matilah,air kosonglah......bila disuruh minum air banyak tidak mahu,minum pu ala kadar sahaja,cuma antara hendak dengan tidak mahu.Nasihat berpuluh-puluh kali,minumlah,minumlah.Kalau badan kita kekurangan air tentunya kita akan menghadapi KELETIHAN,KURANG KONSENTRASI SEHINGGA SAKIT KEPALA.60% daripada tubuh badan kita mempunyai air,kita kena pastikan sebelum bermain olahraga kenalah minum dua gelas air,semasa bermain olahraga,sempat-sempatkan juga minum dua gelas lagi.Setiap kali anda minum air yang mengandungi kafein,sebaik-baiknya anda gantikan semula dengan meminum segelas air kosong perbandingannya 1:1.Air putih ini bertujuan untuk meneutralkan kandungan kafein dalam badan.Dehidrasi menyebabkab jantung bekerja lebih keras kerana kadar air dalam tubuh jauh di bawah kadar darah,yang mengakibatkan jantung harus mengepam atau bekerja lebih keras untuk mengalirkan air ke pembuluh darah.Air memainkan peranan penting dalam proses penyaringan yang terjadi di ginjal.Selain itu,air juga sangat diperlukan dalam proses detoksifikasi yang terjadi di hati.Molekul yang tidak berguna untuk tubuh akan dibuang keluar sehingga tubuh tetap terjaga kebersihannya...............

1 comment: