Tuesday, November 9, 2010

Penjaga KAABAH meninggal dunia...

Assalammualaikum dan salam sejahtera...pertama sekali saya ingin memulakan bicara manis dahulu,ini adalah berkenaan berita yang menarik perhatian saya..
MAKKAH:Penjaga kunci Baitullah,Sheikh Abdul Aziz Al-Sheibi 82,meninggal dunia lewat kelmarin.Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Maalla selepas disembahyangkan di Masjidil Haram.Keluarga Al-Sheibi menjadi penjaga kunci Kaabah sejak zaman jahilliah lagi.Ia diwarisi anggota tertua dalam keluarga itu dan tidak diturunkan daripada bapa kepada anak.Faktor usia menjadi asas utama dalam mewarisi tugas itu.Semua pemerintah Islam menghormati keluarga Sheikh Abdulaziz sebagai penjaga Kaabah dan kunci rumah ALLAH itu.Keluarga Al-Sheibi mempunyai pertalian darah dengan Sheiba bin Othman Abitalha yang hidup ketika zaman Nabi Muhammad(SAW).Mereka memegang jawatan berkenaan sejak zaman Qusay bin Kilab yang hidup sebelum Rasulullah(SAW).Sheikh Abdulaziz pula memegang jawatan itu sejak 16 tahun yang lalu.Terdapat 370 orang dalam keluarga Al-Sheibi ketika ini danj kebanyakkan mereka tinggal di Makkah.Baitullah dicuci dua kali setahun iaitu pada pertengahan Syaaban dan pertengahan Zulkaedah,menggunakan air zamzam yang dicampurkan dengan air mawar bersama haruman Oud.Sebelum ini,Kaabah dibuka tiga kali sebulan untuk orang ramai bersolat di dalamnya tetapi amalan itu dihentikan apabila terlalu ramai yang cuba memasukinya.Kunci Kaabah tidak berubah apabila pintunya ditukar,termasuk pintu yang terbaru,yang diperbuat daripada emas tulen.,.
Berita ini terdapat didalam Harian Metro pada tarikh 09 Nov 10

No comments:

Post a Comment