Tuesday, May 24, 2011

Kecewa,kejam,sedih n melampau!

Kalau ikutkan hati binasa...saat ini,minit ini,jam ini umi berasa sangat2 kecewa orang yang membuatkan adik umi kecewa,kalau boleh umi nak p jumpa orang atau manusia yang tidak berhati perut yang kuat pembohong,penipu(len ke?)
Umi sungguh terharu,andai ada orang yang menyintai kita seikhlasnya,tapi tiada yang mengerti..kalau ini atas dasar percintaan sebelah takkan tepuk sebelah tangan berbunyi..bila nak,semua keluar,hantaran untuk baby 1juta i sanggup bagi,hadiah hantaran i sanggup beli ferrari,cinta i bak segunung everest,tiada siapa yang dapat milikimu kecuali AKU! semuanya AKU!
Tapi,itu masa mnis,bila dah ada sepah? Buang macam itu je? Umi nk panggil laki 2 tak guna kau,kecewakan adik umi,kau ingat adik umi 2 kayu balak ke? Bila kau nak hasilnya,kau belai,bila kau tak nak?? Kau potong yo!! Buek apo simpan!! Kalau ko nak tau ko ni jenis lelaki yang tahap percent 0%...kalau nak percayakan ko sekali pun.bagi aku,pleaseLAHH!! Lagi satu umi nk ingatkan ko,ko nampak je adik umi 2 garang,tapi ko kena cuci sikit mata ko,dia 2 adalah seorang gadis,mana mungkin ko boleh selami hati dia,sebab ko xLAYAK bergelar insan pelindung..malah ko jangan ingat aku xtau,ko slalu kutuk adik umi,n jgn harap ko akan dapat jodoh sebaik adik umi..walaupun dia pernah sayangkan ko,umi harap sayang dia terhadap ko akn pudar,kerana umi akan pastikan,ko bkn jodoh dia yang TERBAIK! Cerminkan diri sebelum memperlekahkan insan bernama wanita..
Ko umi nk cakap lagi sampai bila pun umi akan pastikan adik umi xmaafkan insan macam ko..umi tau,umi xlayak masuk campur,tapi..sory 2 say...LU PIKIRLAH SENDIRI!!

Monday, May 16, 2011

3minggu dapat tahu bahawa umi preggy!

Ha,cerita ni patut dari awal lagi,tapi umi cerita kemudian pun sama jugakkan janji ada Hasbi!
Macamni,selepas umi ngan ayah kahwin,umi cuti dlm dua minggu kot,xlama n xpanjang,selepas itu kami memulakan hidup sebagai seorang pekerja,masa umi kahwin pun umi umur 20 tahun,org kata jagung muda baru nk menikah..masa itu ada kawan umi kahwin jugak tapi 2 minggu awal dari umi,jadi bila lepas 3 minggu kawen umi dgr kawen umi tu positif preggy,mahu umi xjeles dgn dia? mestilah!!
Pastu umi gtau ayah,yg kawan umi itu preggy..ayah kata,sok kalu nk cek blh je...ada ke? xlama dari itu,umi saja2 nk cek manalah tahu kalau2 kena..jadi umi cek pada mlm umi nk mandi,org kata kalau nk cek biar waktu baru bangun pagi,tp hati ini dh terlampau excited nk pregnant...hahaha..tiba2 nak dijadikan citer,ada double line?? mksudnya? pregnant laa...tapi umi gtau ayah,ayah tersenyum girang..umi kata,jgn percaya,pasal umi tak rasa apa2 pun,jadi...umi cuma berpesan jangan harap sangat,takut pun ada,,,tapi dalam hati sudah berbunga2..hihihi..
sok bangun pagi2 cek lagi skali,kebetulan masa tu ari minggu,umi pun cuti,umi cek lagi skali bkn lagi skali,myb dlm 3 kali,mmg double,jadi umi g klinik dkt damansara,xtau knapa g klinik itu,mungkin klinik panel kot! umi pun lupa suda..jadi,doc pn kata..."ehm,mmg betul ni,awak LMP bila?" "Sebelum saya nikah kot..hehehe" kalau macam ni,awak kena betul2 scan lah,tapi tempat saya xde scan.."apa punya klinik xde scan?" jadilah,berbunga2..ayah pn siap tya umi lepas keluar dari klinik.."ada nk idam pe2 ke? ckp je?" kalau nk tau,umi ni xteruk mngidam,tapi umi mengidam nk buah cmpedak grg,time umi minta,bkn musim dia,nsib sblum bsalin dapat juga merasa....

Permulaan hidup kami...

Assalammualaikum..hai! Maaf buat kamu tertunggu lama2...umi bukan sengaja,al- maklumlah,sejak ada anak,susah untuk umi mengupdate blog,asal umi nk type,baby reset..jd,terjadi-jadi dibuatnya...hehehe..maafkanlah umi ya! Ok sambung kepada topik asal kita,saat umi mengupdatekan blog ini,baby sedang dibuai lena dan diulit mimpi...umi,baby n ayah berada di Penang..pada ari sabtu malam yang kami nk balik penang,kami dapat tahu bahawa sepupu ayah,kak long Suria selamat bersalin anak ketiganya,lelaki..Muhammad Ayman,sebelum ini ada Sarah Naylina,n Sofea Naylina,(kalu xsilaplah,maklumlah,anak buahnya ramai..) Tahniah Cikgu Suria,hang dapat hadiah ari guru na...Congrates!!
Dan semalamnya,kami p mkn kt Bukit Mertajam nu...jauhnya pjalanan,p 2 keta balik 3 keta..ha!
Umi n semua skali p menjemput Mak Ngah Shima,uppss! bakal mak ngah na..nak tau x umi g mkn kat mana? Ala,lupalah pula umi kat mna,yg pnting semua g..kat situ kalau nk mkn,sedap-sedap belaka,umi mkn daging kambing je,Shima makan chicken chop,mak tok mkn roti arab yg besar punya,n air batu campur tawar,nk tahu pasal apa panggil air batu campur tawar? sampai je air batu campur,pergghh! Langsung xde warna..pucat je,tgk je dh pucat,inikan nk rasa? betul x? Ayah pula pilih daging arnab..astaga! Maaflah,dulu umi pernah rasa daging landak? kome penah? Janganlah rasa kalau anda masih terbayang-bayangkan wajah si landak.betul!betul!betul!.."nk rasa daging arnab?" umi pn jawab,"oh tidak,umi xkan tertipu.." hahaha..
Adik mat plak order seekor ayam,pastu order sate campur,nk campur apa? daging burung kasawari,daging rusa,daging arnab,daging kambing,daging ayam n mcm2 lagi..aduh!! umi xmau rasa suma 2,takutlaah,umi akan terbayang2 jadi umi xkan mkn walaupun org kata seddap...terima kasih ya tok wan blanja kami mkn...sedaaapp..

Sunday, March 20, 2011

Maaf!

Salam dari umi yang sangat2 memohon maaf atas kesilapan umi..umi tidak meng'update'kn blog umi..disini juga umi ingin memohon maaaf,kerana umi tidak dapat menyambung novel yang umi karangi..InsyaALLAH bila dah siap semua idea yang umi keluarkan,umi akan terus menerus menaip utk semua follower umi..disini,umi ingin menyampaikan salam sayang buat semua follower,andai umi ada terkasar,maafkan umi ya! Umi akan update lagi!

Saturday, December 25, 2010

Sayang Tercipta Untukmu..Bhgian III

Adam tidak menjangkakan ini yang akan berlaku pada dirinya,sungguh ini membuatkan hatinya bertambah runsing.Bagi dirinya,dia sukar membuat pilihan,dia amat menyayangi keduanya,namun bukan ini yang dipintanya. "Ya Allah! Berikanlah hambamu ini kekuatan,bawalah hambamu ini di dalam kebenaran.Amin"Adam memohon supaya hatinya dapat membuat pilihan yang baik.Ini adalah kebenaran seumur hidupnya,dan dia inginkan pilihan jodohnya adalah benar.
"Hai,termenung jauh nampak.Kenapa? Rindu ke?"Johan menegur sahabat baiknya itu.Adam.Mereka kenal dari tempat kerja mereka.Johan mengetahui Adam adalah satu kampung dengannya,dan bukan itu sahaja,Adam juga adalah saudaranya juga,ala-ala 'bau bacang' kata ibunya. "Johan,aku bukan apa,hendak kata termenung jauh pun tidak,kau faham-faham sahajalah."Adam menjawab dengan perlahan.Segala cerita,masalah atau kegembiaran semuanya diceritakan kepada Johan.Hanya Johan yang satu-satu kawan yang boleh dipercayainya. "Sebenarnya ini soal hidup kau Dam,aku pun tak terfikir benda ini akan berlaku.Natasha bukannya kurang pada kau,dia aku boleh anggap okeylah,tapi Mia aku boleh bagi,sebab Mia aku kenal sangat,tapi kau lebih mengenali kedua-duanya.Kau sahaja yang boleh membuat pilihankan?"Johan cuba untuk menenangkan hati Adam yang sememangnya tengah buntu.Adam tidak sekali ingin melukakan hati Natasha.Sungguh bagi hatinya,ada dua bunga hadir dalam hidupnya.Kedua-duanya adalah pilihan yang sukar dibuatnya.Natasha adalah seorang yang lembut bila berbicara,tingkah laku yang sopan,memang sesuai pada diri Adam yang seorang yang lembut bila berbicara dan seorang yang workaholic.Walaupun sesuai tapi ada yang membuatkan dirinya menjadi tidak kesesuaian,iaitu keluarga Natasha.Keluarga Natasha adalah seoran keluarga yang sangat berada,anak Datuk dan Datin.'Natasha binti Datuk Zakaria.' Satu nama yang membuatkan dirinya semakin tidak sesuai,diri Adam pula bukanlah pilihan Datuk Zakaria dan Datin Noraini. "Abang Adam,yang hendak kahwin Natasha dengan abang bukan mummy dan daddy." Natasha pernah mengucapkan kata-kata itu pada Adam,tapi fikran Adam pula lain. "Tasha,kalau abng kahwin dengan Tasha bermaksud abang berkahwin dengan seluruh keluarga Tasha,Tasha kena berfikir dahulu sebelum cakap sayang."
Mia pula,berbeza sungguh perangai dari Natasha,walaupun kampungnya berbeza,asal Mia tetap dari kampung setaraf dengannya.Mia seorang yang berbudi bahasa,agresif,bila dia bertamu dengan Mia perasan gembiranya terus datang walaupun dia didalam kedukaan.Mia boleh membuatnya ketawa kerana bicara Mia dengan Adam sentiasa ketawa.Hanya kegembiraan yang dapat Adam rasai.Itu yang membuatkan hati Adam hilang kedukaan,Adam tidak pernah merasai kedukaan apabila bersama Mia.Mia boleh mengubati hatinya. "Adam,tolong Mia boleh? Datang dekat depan pintu,ambil ada banyak stok barang Mia.Mia bawak banyak barang dari Langkawi.Boleh ya?"Mia menelefon Adam yang ketika itu dia berada didalam kereta tempat parking. "Ok,ok."Adam terus ke tempat parking Mia,sedangkan Mia menyuruh tunggu didepan pintu tempat kerja.Adam berasa kasihan terhadap Mia,Mia adalah seorang pekerja yang rajin membantunya,di tempat kerja Mia langsung tidak mempunyai sebarang masalah.
Saat ini Adam teringatkan Mia,dia berasa sungguh sepi tanpa Mia yang sering berbual menghilangkan kebosanannya.Mia mengambil cuti selama dua minggu,Mia ingin pulang ke kampungnya,bukan selalu Mia mengambil cuti,teringin menghubungi Mia tapi dia khuatir apa akan Mia kata pula,dan pa yang ingin dibualkannya.Walaupun dia tahu,dia bukannya curang terhadap Natasha,tapi inilah satu caranya bila dia tidak dapat menghubungi Natasha dan berjumpa dengan Natasha.Kadang-kadang mummy Natasha akan cuba apa-apa cara sekalipun untuk menghalang anak perempuan tunggalnya dari bertemu dengan Adam.Segalanya diceritakan oleh Natasha sendiri,walaupun sedih dalam perhubungan ini,hatinya bertambah sedih bila diri Natasha dijodohkan bersama insan lain.

Saturday, December 18, 2010

Sayang Tercipta Untukmu..Bhgian II

Dalila melihat jam ditangannya yang sudahpun menunjukkan jam17:59 petang.Peluh di dahi membuatkan dia menjadi semakin panas untuk menunggu.Puas dia menunggu teksi,tidak juga muncul-muncul. "Isy,aku sudahlah penat.Kalau hari-hari macam ini susahlah aku,hendak tunggu beli kereta,alamat tahu depanlah baru dapat."bisik hati Dalila yang menuggu teksi hampir sejam.Dalila mempunyai temujanji bersama ibunya yang baru sampai semalam.Dia ingin membawa ibunya ke sekitar untuk berjalan-jalan. "Hai Dalila!"tegur seorang lelaki yang berhentikan kenderaan di hadapannya.Dalila terkejut dengan teguran itu. "Oh,hai!"pendek Dalila menjawab. "Bukan awak yang keluar pejabat dulu ke tadi? Tidak dapat teksi ke?"jawab Nazri,rakan sekerja tempat kerja Dalila. 'E'eh mamat ini,berlagaklah pula,menyampah aku!!' bisik hati Dalila yang geram.Geram dengan teksi tidak hilang lagi,bertambah pula lelaki yang datang tidak semena-mena. "Awak hendak apa? Nak bikin hati saya geram dengan awak sampai bila-bila ke?"Dalila memarahi lelaki yang membuatkan hatinya 'panas'. "Maaf,nama saya Nazri.Mari saya hantar awak pulang,awak janganlah ambil hati dengan sikap saya,saya tidak berniat pun untuk kecilkan hati awak.Jadi dengan menghantar awak balik,awak dapat maafkan saya."Nazri cuba memujuk. "Tak mengapalah,saya boleh tunggu teksi,bukannya susah pun sampai hendak mengharap orang lain hantar pula.Thanks!"Dalila menjawab dengan penuh gah,sememangnya dia tidak mengharap langsung orang 'itu' menghantarnya.Tidak akan sekalipun! "Kalau tak mahu tidak mengapalah,tapi janganlah sampai awak cakap 'mengharap'.Saya sendiri pun tiada niat nak sakitkan hati awak,kalau awak dah cakap sedemikian,tidak mengapa,sama-sama.Assalammualaikum."rajuk Nazri,dia menutup tingkap dan terus memecut.Dalila yang sedikitpun tidak memandang Nazri.Dia sedikit terasa yang Nazri kecewa dengan sikapnya itu.Selepas Nazri berlalu,Dalila sedikit pun tidak pandang pada Nazri yang berlalu dengan penuh kekecewaan.Hati Dalila menjadi sangat keras hati sejak dirinya pernah dikecewakan oleh seorang insan yang bergelar lelaki.Dalila mencapai telefon bimbitnya."Mia,awak dekat mana,rindu kot!"Dalila terus sergah Mia tanpa memberi salam."Assalammualaikum cik Dalila,awak pun kalau hendak cepat sekalipun janganlah sampai salam pun lupa diberi.Saya ada dekat kampung saya,why?"Mia memberi 'ceramah' pada Dalila yang sangatlah gelojoh.Mia cuma menjawab mendatar pada Dalila.Berbeza pula pada Dalila yang sangat kasar dari pandangan mata Mia. "Waalaikumsalam,bukan apa,banyak benda saya hendak cerita pada awak,sudah dua minggu awak tiada disini.Boringlah."jawab Dalila.Mia dan Dalila sentiasa bersama-sama sejak Mia turun Kuala Lumpur.Walaupun mereka bukan sama tempat kerja.Mereka berkenalan secara tidak sengaja.
Mia yang turun dari teksi,baru sahaja sampai dari kampung.Seperti kebiasaannya juga orang kampung datang ke bandar pasti tidak akan biasa datang ke bandar besar.Mia terus perjalanan,niatnya ingin mencari pekerjaan di bandar Kuala Lumpur,dia teringat pesanan dari kawannya,'Awak kalau datang Kuala Lumpur,awak pergilah ke area Bangsar,situ banyak peluang pekerjaan.'
Mia berjalan dan terus berjalan,dia melihat di dalam poket baju kurungnya,cuma ada lima puluh ringgit sahaja,untuk sampai bila belanjaannya pun dia sendiri tidak tahu,makanan di Kuala Lumpur bukan semuanya murah-murah.Tiba-tiba dia dilanggar oleh seorang lelaki, 'Eh! Awak ni tidak ada mata ke? Lain kali kalau hendak jalan,jalanlah elok-elok sedikit,harap sahaja cantik tapi tidak punyai tatatertib!!"teriak lelaki yang tidak semena-mena terus memarahi Mia."Minta maaf! Minta maaf!"Mia hanya keluarkan perkataan itu sahaja,dia khuatiri lelaki itu akan terus memarahinya. "Hoi! Kau yang tengah pegang telefon,tengok tidak pandang depan,lepas itu marah perempuan,lelaki tidak tahu malu! Malulah sedikit! Awak yang tidak mempunyai mata sebenarnya!"jerit seorang perempuan yang Mia sendiri tidak tahu dari mana datangnya.Lelaki itu menunjukkan tanda kosong di tangannya,dan terus berjalan. "Hai! Janganlah awak terlalu baik sangat dengan lelaki,awak marah sahaja macammana saya marah tadi.Lelaki tidak guna macam itulah."pesan wanita itu. "Maaflah,saya tidak tahu bagaimana hendak memarahi orang.Saya tidak pernah diajar untuk terasa.Saya Mia,baru datang dari Melaka."Mia memperkenalkan dirinya dan menghulurkan tangannya ke arah wanita itu. "Maaf! Saya pula yang lupa untuk perkenalkan diri saya. Saya Dalila,awak baru kali pertama datang sini? Kenapa datang seorang diri? Bahaya.Kuala Lumpur bukan selalunya selamat."pesan Dalila. "Maaflah,saya bukan tahu sangat,lagipun kawan saya yang suruh saya kemari,saya datang untuk mencari peluang pekerjaan,saya belajar pun setakat spm sahaja."jawab Mia dengan penuh rendah diri."Macam inilah,awak ikut saya balik,jangan risau,saya tidak makan orang,saya cuma makn orang seperti tadi sahaja.Awak boleh tinggal dengan saya,saya cuma duduk bujang sahaja.Tidak mengapa.Jangan susah hati."Dalila cuba untuk memujuk Mia.Dia khuatiri Mia akan takut padanya.Niat Dalila cuma ingin membantu Mia yang baru sahaja sampai dari kampung,takut kalau-kalau Dalila tidak membawanya balik mungkin orang lain yang akan membawa balik Mia untuk merosakkan.Dalila cukup tidak mempercayai orang Kuala Lumpur. "Tapi,saya seganlah awak.Saya bukan orang berduit,nanti saya menumpang rumah awak lagi saya segan!"Mia cuba merendah diri,dia tahu dirinya siapa,tapi dia juga tahu bahawa Dalila adalah orang yang baik,bukan orang yang berniat jahat. "Mari!"Dalila terus menarik tangan Mia,dia tahu bahawa kalau dia mengajak Mia lagi mesti ditolaknya mentah-mentah.Dalila terus menarik tangan Mia,Mia pun terus menurut sahaja kemana Dalila membawanya.Tercungap-cungap dibuatnya. "Dalila,perlahanlah sedikit."Mia perlahan bersuara memesan pada Dalila.

Sayang Tercipta Untukmu..

Pagi in Mia dikejutkan dengan deruan bunyi lori diluar rumah kampungnya,"Isy,lori mengacau je,nasib baik la subuh.Kalau awal pagi sudah lama aku kerjakan."bisik hati Mia yang geram itu. "Mia! Mia! Kamu sudah bangun ke belum? Bangun subuh Mia."ibu Mia mengejut Mia."Sudah mak.Lori kejutkan tadi."jawab Mia sambil tersenyum.Mak Leha hanya tersenyum,hanya mengangguk faham maksud Mia yang gemar berjenaka.
Mia mengeliat badannya sebelum turun dari katil bujangnya itu.Mia yang bekerja sebagai pembantu jualan,masih berumur 23 tahun.Mia ingin menyambung pelajarannya,tapi bukan selepas habis persekolahan,Mia ingin mencari pengalaman sementara umurnya masih muda.Setakat ini Mia telah mencuba pelbagai pekerjaan,dia masih ingin meneruskan pekerjaan yang dia jawat ini.Mia melihat telefon bimbitnya,mana tahu kalau-kalau ada yang menghubunginya malam tadi.Tiada.Mia mengambil tualanya,seperti kebiasaannya dia akan mandi dahulu sebelum menghadap Allah pada pagi yang dingin sehingga menusuk kakinya."Mak,abah mana? Tak bangun lagi ke?"Mia bertanya sambil ketawa sinis."Isy! Kamu macam tidak tahu,selepas solat subuh terus abah kamu keluar ke laman rumah,apa orang kata? Sais? Susais?"jawab Mak Leha yang tidak tahu menyebut perkataan Mat Salleh itu. "Mak,bukan macam itu sebutannya,macam ini EXERCISE."jawab Mia pula sambil ketawa melihat keletah Maknya. "Udah,udahlah kamu.Mak tidak tahu hendak mneyebutnya,kamu pergilah masuk mandi cepat,Subuh bukannya lama."Mak Leha pula turut ketawa bersama sambil tangannya mencedok nasi goreng yang sudah siap dimasaknya. "Baik boss!!"jawab Mia. "Ayahnya,mari masuk sarap pagi ni,awak tu bukannya muda lagi,bukan larat sangat nak joging.Jalan pun tak larat."Mak Leha menjerit panggil suaminya dihadapan muka pintu,sambil tersenyum melihat keletah suaminya Pak Halim yang sedang hu! ha! hu! ha! mengeliat badan sambil berlari anak-anak. "Yalah maknya,awak itu sahaja yang muda,saya sahaja yang sudah kerepot."jawab Pak Halim sinis."Ala,kalau tua-tua pun baru pertengahan umur,boleh cukupkan kuota lagi tiga."bisik Pak Halim.Dia tidak sedar yang Mak Leha sudahpun berada dibelakangnya. "Apa awak cakap? Hendak tambah lagi tiga? Mari saya tolong pinangkan??!!"Mak Leha jawab dengan pertanyaan sambil menarik-narik telinga Pak Halim. "Adeh! Adeh! Sakitlah maknya!"jerit Pak Halim sambil terlompat sedikit. "Oh! Tahu pula awak hendak marah ya! Saya ini tidak pandai marahlah ya?"Mak Limah merajuk dengan Pak Halim.Kadang-kadang Pak Halim suka bergurau tidak bertempat. "Awak pun satu saya bergurau sahaja,yang awak ambil hati sangat kenapa? Pernahkah saya buat bila sebut? Dah tua-tua siapa yang hendak?"Pak Halim cuba memujuk Mak Leha,walaupun dia bergurau sedemikian,Pak Halim tidak pernah melakukan di luar batasan,dia tetap sayangkan isterinya,dengan sama-sama mempunyai hobi,dan keserasian yang sama membuatkan mereka tidak pernah bergaduh,kalau bergaduh pun cuma kecil sahaja atau salah faham yang tidak terlalu besar. "Mak! Jomlah makan sama,atau mak hendak joging dengan ayah sama?"sindir Mia yang melihat mak dengan ayahnya sama-sama berada diluar. Pak Halim dan Mak Leha berpandangan sama-sama. "Kamu ni Mia,kalau ayah hendak joging biarlah dia pergi sendiri,tak mahu mak mengikutnya.Malu sahaja."jawab Mak Limah sindir sambil memandang ke arah Pak Halim.Pak Halim cuma mencebikkan bibir sahaja,tanda dia faham maksud Mak Leha. Mia cuma ketawa bila dengar Mak Leha berkata begitu,tanda dia sendiri pun faham dan masak dengan perangai kedua ibubapanya.Mak Leha pun menyusur masuk ke rumah,tidak mahu melayan 'songeh' Pak Halim.Pak Halim terus duduk di luar,dia seakan 'merajuk' pula dengan Mak Leha. "Abaaannnggg!!!"Mak Leha menjerit dari dalam,setelah perasan yang Pak Halim tidak mengikut mereka berdua."Ye! Ye! Sabarlah awaknya.!"jerit Pak Halim sambil berlari keanak-anakan setelah mendengar jeritan Mak Leha,."Mia,kamu cuti sampai bila?"tanya Mak Leha. "Kenapa? Mak mahu saya balik dah ke?"jawab Mia sambil ketawa..Mia memang gemar bergurau,Mak Leha Mpun sudah masak sungguh dengan perangai anak tunggalnya itu. "Mia.Mak cuma bertanya kalau lambat lagi mak hendak bagitau yang ada orang lamar Mia.Mereka hendak datang Sabtu hujung minggu ini."pertanyaan Mak Leha membuatkan Mia berhenti minum sarapannya itu.Nasi goreng yang dimasak Mak Leha menjadi tawar bila Mak Leha bertanyakan soalan itu padanya. "Awak pun kalau hendak tanya,biarlah kena masanya,ini budak itu baru hendak menjamah makanannya.Inikan depan rezeki awaknya.Kalau hendak bincang sangat bincanglah lepas-lepas."ayah menjawab dan memberi 'ceramah' pada isterinya itu.Pak Halim cukup tidak gemar kalau isteri atau anaknya berbincang depan rezeki.Pak Halim terus duduk dan pandang pada Mia. "Mia,makanlah nak.Nanti-nanti kita bincang ya."pujuk Pak Halim pada anak tunggal kesayangannya. "Baik ayah.."pendek Mia menjawab.Pertanyaan itu cukup menimbulkan hati 'sensitiviti' seorang wanita.Dia tahu,walaupun umurnya baru 23 tahun,itu tidak semestinya dia perlu berkahwin,lagi-lagi dengan bukan pilihan hatinya.Satu-persatu Mia menyuap nasi goreng dimulutnya.Kalau ikutkan hatinya,dia langsung hilang selera makan,tapi demi menjaga hati orang gtuanya,dia menjamah rezeki itu.