Saturday, December 18, 2010

Sayang Tercipta Untukmu..

Pagi in Mia dikejutkan dengan deruan bunyi lori diluar rumah kampungnya,"Isy,lori mengacau je,nasib baik la subuh.Kalau awal pagi sudah lama aku kerjakan."bisik hati Mia yang geram itu. "Mia! Mia! Kamu sudah bangun ke belum? Bangun subuh Mia."ibu Mia mengejut Mia."Sudah mak.Lori kejutkan tadi."jawab Mia sambil tersenyum.Mak Leha hanya tersenyum,hanya mengangguk faham maksud Mia yang gemar berjenaka.
Mia mengeliat badannya sebelum turun dari katil bujangnya itu.Mia yang bekerja sebagai pembantu jualan,masih berumur 23 tahun.Mia ingin menyambung pelajarannya,tapi bukan selepas habis persekolahan,Mia ingin mencari pengalaman sementara umurnya masih muda.Setakat ini Mia telah mencuba pelbagai pekerjaan,dia masih ingin meneruskan pekerjaan yang dia jawat ini.Mia melihat telefon bimbitnya,mana tahu kalau-kalau ada yang menghubunginya malam tadi.Tiada.Mia mengambil tualanya,seperti kebiasaannya dia akan mandi dahulu sebelum menghadap Allah pada pagi yang dingin sehingga menusuk kakinya."Mak,abah mana? Tak bangun lagi ke?"Mia bertanya sambil ketawa sinis."Isy! Kamu macam tidak tahu,selepas solat subuh terus abah kamu keluar ke laman rumah,apa orang kata? Sais? Susais?"jawab Mak Leha yang tidak tahu menyebut perkataan Mat Salleh itu. "Mak,bukan macam itu sebutannya,macam ini EXERCISE."jawab Mia pula sambil ketawa melihat keletah Maknya. "Udah,udahlah kamu.Mak tidak tahu hendak mneyebutnya,kamu pergilah masuk mandi cepat,Subuh bukannya lama."Mak Leha pula turut ketawa bersama sambil tangannya mencedok nasi goreng yang sudah siap dimasaknya. "Baik boss!!"jawab Mia. "Ayahnya,mari masuk sarap pagi ni,awak tu bukannya muda lagi,bukan larat sangat nak joging.Jalan pun tak larat."Mak Leha menjerit panggil suaminya dihadapan muka pintu,sambil tersenyum melihat keletah suaminya Pak Halim yang sedang hu! ha! hu! ha! mengeliat badan sambil berlari anak-anak. "Yalah maknya,awak itu sahaja yang muda,saya sahaja yang sudah kerepot."jawab Pak Halim sinis."Ala,kalau tua-tua pun baru pertengahan umur,boleh cukupkan kuota lagi tiga."bisik Pak Halim.Dia tidak sedar yang Mak Leha sudahpun berada dibelakangnya. "Apa awak cakap? Hendak tambah lagi tiga? Mari saya tolong pinangkan??!!"Mak Leha jawab dengan pertanyaan sambil menarik-narik telinga Pak Halim. "Adeh! Adeh! Sakitlah maknya!"jerit Pak Halim sambil terlompat sedikit. "Oh! Tahu pula awak hendak marah ya! Saya ini tidak pandai marahlah ya?"Mak Limah merajuk dengan Pak Halim.Kadang-kadang Pak Halim suka bergurau tidak bertempat. "Awak pun satu saya bergurau sahaja,yang awak ambil hati sangat kenapa? Pernahkah saya buat bila sebut? Dah tua-tua siapa yang hendak?"Pak Halim cuba memujuk Mak Leha,walaupun dia bergurau sedemikian,Pak Halim tidak pernah melakukan di luar batasan,dia tetap sayangkan isterinya,dengan sama-sama mempunyai hobi,dan keserasian yang sama membuatkan mereka tidak pernah bergaduh,kalau bergaduh pun cuma kecil sahaja atau salah faham yang tidak terlalu besar. "Mak! Jomlah makan sama,atau mak hendak joging dengan ayah sama?"sindir Mia yang melihat mak dengan ayahnya sama-sama berada diluar. Pak Halim dan Mak Leha berpandangan sama-sama. "Kamu ni Mia,kalau ayah hendak joging biarlah dia pergi sendiri,tak mahu mak mengikutnya.Malu sahaja."jawab Mak Limah sindir sambil memandang ke arah Pak Halim.Pak Halim cuma mencebikkan bibir sahaja,tanda dia faham maksud Mak Leha. Mia cuma ketawa bila dengar Mak Leha berkata begitu,tanda dia sendiri pun faham dan masak dengan perangai kedua ibubapanya.Mak Leha pun menyusur masuk ke rumah,tidak mahu melayan 'songeh' Pak Halim.Pak Halim terus duduk di luar,dia seakan 'merajuk' pula dengan Mak Leha. "Abaaannnggg!!!"Mak Leha menjerit dari dalam,setelah perasan yang Pak Halim tidak mengikut mereka berdua."Ye! Ye! Sabarlah awaknya.!"jerit Pak Halim sambil berlari keanak-anakan setelah mendengar jeritan Mak Leha,."Mia,kamu cuti sampai bila?"tanya Mak Leha. "Kenapa? Mak mahu saya balik dah ke?"jawab Mia sambil ketawa..Mia memang gemar bergurau,Mak Leha Mpun sudah masak sungguh dengan perangai anak tunggalnya itu. "Mia.Mak cuma bertanya kalau lambat lagi mak hendak bagitau yang ada orang lamar Mia.Mereka hendak datang Sabtu hujung minggu ini."pertanyaan Mak Leha membuatkan Mia berhenti minum sarapannya itu.Nasi goreng yang dimasak Mak Leha menjadi tawar bila Mak Leha bertanyakan soalan itu padanya. "Awak pun kalau hendak tanya,biarlah kena masanya,ini budak itu baru hendak menjamah makanannya.Inikan depan rezeki awaknya.Kalau hendak bincang sangat bincanglah lepas-lepas."ayah menjawab dan memberi 'ceramah' pada isterinya itu.Pak Halim cukup tidak gemar kalau isteri atau anaknya berbincang depan rezeki.Pak Halim terus duduk dan pandang pada Mia. "Mia,makanlah nak.Nanti-nanti kita bincang ya."pujuk Pak Halim pada anak tunggal kesayangannya. "Baik ayah.."pendek Mia menjawab.Pertanyaan itu cukup menimbulkan hati 'sensitiviti' seorang wanita.Dia tahu,walaupun umurnya baru 23 tahun,itu tidak semestinya dia perlu berkahwin,lagi-lagi dengan bukan pilihan hatinya.Satu-persatu Mia menyuap nasi goreng dimulutnya.Kalau ikutkan hatinya,dia langsung hilang selera makan,tapi demi menjaga hati orang gtuanya,dia menjamah rezeki itu.

No comments:

Post a Comment