Saturday, December 18, 2010

Sayang Tercipta Untukmu..Bhgian II

Dalila melihat jam ditangannya yang sudahpun menunjukkan jam17:59 petang.Peluh di dahi membuatkan dia menjadi semakin panas untuk menunggu.Puas dia menunggu teksi,tidak juga muncul-muncul. "Isy,aku sudahlah penat.Kalau hari-hari macam ini susahlah aku,hendak tunggu beli kereta,alamat tahu depanlah baru dapat."bisik hati Dalila yang menuggu teksi hampir sejam.Dalila mempunyai temujanji bersama ibunya yang baru sampai semalam.Dia ingin membawa ibunya ke sekitar untuk berjalan-jalan. "Hai Dalila!"tegur seorang lelaki yang berhentikan kenderaan di hadapannya.Dalila terkejut dengan teguran itu. "Oh,hai!"pendek Dalila menjawab. "Bukan awak yang keluar pejabat dulu ke tadi? Tidak dapat teksi ke?"jawab Nazri,rakan sekerja tempat kerja Dalila. 'E'eh mamat ini,berlagaklah pula,menyampah aku!!' bisik hati Dalila yang geram.Geram dengan teksi tidak hilang lagi,bertambah pula lelaki yang datang tidak semena-mena. "Awak hendak apa? Nak bikin hati saya geram dengan awak sampai bila-bila ke?"Dalila memarahi lelaki yang membuatkan hatinya 'panas'. "Maaf,nama saya Nazri.Mari saya hantar awak pulang,awak janganlah ambil hati dengan sikap saya,saya tidak berniat pun untuk kecilkan hati awak.Jadi dengan menghantar awak balik,awak dapat maafkan saya."Nazri cuba memujuk. "Tak mengapalah,saya boleh tunggu teksi,bukannya susah pun sampai hendak mengharap orang lain hantar pula.Thanks!"Dalila menjawab dengan penuh gah,sememangnya dia tidak mengharap langsung orang 'itu' menghantarnya.Tidak akan sekalipun! "Kalau tak mahu tidak mengapalah,tapi janganlah sampai awak cakap 'mengharap'.Saya sendiri pun tiada niat nak sakitkan hati awak,kalau awak dah cakap sedemikian,tidak mengapa,sama-sama.Assalammualaikum."rajuk Nazri,dia menutup tingkap dan terus memecut.Dalila yang sedikitpun tidak memandang Nazri.Dia sedikit terasa yang Nazri kecewa dengan sikapnya itu.Selepas Nazri berlalu,Dalila sedikit pun tidak pandang pada Nazri yang berlalu dengan penuh kekecewaan.Hati Dalila menjadi sangat keras hati sejak dirinya pernah dikecewakan oleh seorang insan yang bergelar lelaki.Dalila mencapai telefon bimbitnya."Mia,awak dekat mana,rindu kot!"Dalila terus sergah Mia tanpa memberi salam."Assalammualaikum cik Dalila,awak pun kalau hendak cepat sekalipun janganlah sampai salam pun lupa diberi.Saya ada dekat kampung saya,why?"Mia memberi 'ceramah' pada Dalila yang sangatlah gelojoh.Mia cuma menjawab mendatar pada Dalila.Berbeza pula pada Dalila yang sangat kasar dari pandangan mata Mia. "Waalaikumsalam,bukan apa,banyak benda saya hendak cerita pada awak,sudah dua minggu awak tiada disini.Boringlah."jawab Dalila.Mia dan Dalila sentiasa bersama-sama sejak Mia turun Kuala Lumpur.Walaupun mereka bukan sama tempat kerja.Mereka berkenalan secara tidak sengaja.
Mia yang turun dari teksi,baru sahaja sampai dari kampung.Seperti kebiasaannya juga orang kampung datang ke bandar pasti tidak akan biasa datang ke bandar besar.Mia terus perjalanan,niatnya ingin mencari pekerjaan di bandar Kuala Lumpur,dia teringat pesanan dari kawannya,'Awak kalau datang Kuala Lumpur,awak pergilah ke area Bangsar,situ banyak peluang pekerjaan.'
Mia berjalan dan terus berjalan,dia melihat di dalam poket baju kurungnya,cuma ada lima puluh ringgit sahaja,untuk sampai bila belanjaannya pun dia sendiri tidak tahu,makanan di Kuala Lumpur bukan semuanya murah-murah.Tiba-tiba dia dilanggar oleh seorang lelaki, 'Eh! Awak ni tidak ada mata ke? Lain kali kalau hendak jalan,jalanlah elok-elok sedikit,harap sahaja cantik tapi tidak punyai tatatertib!!"teriak lelaki yang tidak semena-mena terus memarahi Mia."Minta maaf! Minta maaf!"Mia hanya keluarkan perkataan itu sahaja,dia khuatiri lelaki itu akan terus memarahinya. "Hoi! Kau yang tengah pegang telefon,tengok tidak pandang depan,lepas itu marah perempuan,lelaki tidak tahu malu! Malulah sedikit! Awak yang tidak mempunyai mata sebenarnya!"jerit seorang perempuan yang Mia sendiri tidak tahu dari mana datangnya.Lelaki itu menunjukkan tanda kosong di tangannya,dan terus berjalan. "Hai! Janganlah awak terlalu baik sangat dengan lelaki,awak marah sahaja macammana saya marah tadi.Lelaki tidak guna macam itulah."pesan wanita itu. "Maaflah,saya tidak tahu bagaimana hendak memarahi orang.Saya tidak pernah diajar untuk terasa.Saya Mia,baru datang dari Melaka."Mia memperkenalkan dirinya dan menghulurkan tangannya ke arah wanita itu. "Maaf! Saya pula yang lupa untuk perkenalkan diri saya. Saya Dalila,awak baru kali pertama datang sini? Kenapa datang seorang diri? Bahaya.Kuala Lumpur bukan selalunya selamat."pesan Dalila. "Maaflah,saya bukan tahu sangat,lagipun kawan saya yang suruh saya kemari,saya datang untuk mencari peluang pekerjaan,saya belajar pun setakat spm sahaja."jawab Mia dengan penuh rendah diri."Macam inilah,awak ikut saya balik,jangan risau,saya tidak makan orang,saya cuma makn orang seperti tadi sahaja.Awak boleh tinggal dengan saya,saya cuma duduk bujang sahaja.Tidak mengapa.Jangan susah hati."Dalila cuba untuk memujuk Mia.Dia khuatiri Mia akan takut padanya.Niat Dalila cuma ingin membantu Mia yang baru sahaja sampai dari kampung,takut kalau-kalau Dalila tidak membawanya balik mungkin orang lain yang akan membawa balik Mia untuk merosakkan.Dalila cukup tidak mempercayai orang Kuala Lumpur. "Tapi,saya seganlah awak.Saya bukan orang berduit,nanti saya menumpang rumah awak lagi saya segan!"Mia cuba merendah diri,dia tahu dirinya siapa,tapi dia juga tahu bahawa Dalila adalah orang yang baik,bukan orang yang berniat jahat. "Mari!"Dalila terus menarik tangan Mia,dia tahu bahawa kalau dia mengajak Mia lagi mesti ditolaknya mentah-mentah.Dalila terus menarik tangan Mia,Mia pun terus menurut sahaja kemana Dalila membawanya.Tercungap-cungap dibuatnya. "Dalila,perlahanlah sedikit."Mia perlahan bersuara memesan pada Dalila.

2 comments:

  1. sayang tercipta untukmu...satu tajuk novel yg menarik kisah ttg kehidupan seseorang yg menyentuh hati....kau tercipta utkku....he3333

    ReplyDelete
  2. ttg seseorang yang peuh dugaan,cabaran dan kasih sayang yang hanya tercipta untuknya...huhuhuh

    ReplyDelete