Saturday, December 25, 2010

Sayang Tercipta Untukmu..Bhgian III

Adam tidak menjangkakan ini yang akan berlaku pada dirinya,sungguh ini membuatkan hatinya bertambah runsing.Bagi dirinya,dia sukar membuat pilihan,dia amat menyayangi keduanya,namun bukan ini yang dipintanya. "Ya Allah! Berikanlah hambamu ini kekuatan,bawalah hambamu ini di dalam kebenaran.Amin"Adam memohon supaya hatinya dapat membuat pilihan yang baik.Ini adalah kebenaran seumur hidupnya,dan dia inginkan pilihan jodohnya adalah benar.
"Hai,termenung jauh nampak.Kenapa? Rindu ke?"Johan menegur sahabat baiknya itu.Adam.Mereka kenal dari tempat kerja mereka.Johan mengetahui Adam adalah satu kampung dengannya,dan bukan itu sahaja,Adam juga adalah saudaranya juga,ala-ala 'bau bacang' kata ibunya. "Johan,aku bukan apa,hendak kata termenung jauh pun tidak,kau faham-faham sahajalah."Adam menjawab dengan perlahan.Segala cerita,masalah atau kegembiaran semuanya diceritakan kepada Johan.Hanya Johan yang satu-satu kawan yang boleh dipercayainya. "Sebenarnya ini soal hidup kau Dam,aku pun tak terfikir benda ini akan berlaku.Natasha bukannya kurang pada kau,dia aku boleh anggap okeylah,tapi Mia aku boleh bagi,sebab Mia aku kenal sangat,tapi kau lebih mengenali kedua-duanya.Kau sahaja yang boleh membuat pilihankan?"Johan cuba untuk menenangkan hati Adam yang sememangnya tengah buntu.Adam tidak sekali ingin melukakan hati Natasha.Sungguh bagi hatinya,ada dua bunga hadir dalam hidupnya.Kedua-duanya adalah pilihan yang sukar dibuatnya.Natasha adalah seorang yang lembut bila berbicara,tingkah laku yang sopan,memang sesuai pada diri Adam yang seorang yang lembut bila berbicara dan seorang yang workaholic.Walaupun sesuai tapi ada yang membuatkan dirinya menjadi tidak kesesuaian,iaitu keluarga Natasha.Keluarga Natasha adalah seoran keluarga yang sangat berada,anak Datuk dan Datin.'Natasha binti Datuk Zakaria.' Satu nama yang membuatkan dirinya semakin tidak sesuai,diri Adam pula bukanlah pilihan Datuk Zakaria dan Datin Noraini. "Abang Adam,yang hendak kahwin Natasha dengan abang bukan mummy dan daddy." Natasha pernah mengucapkan kata-kata itu pada Adam,tapi fikran Adam pula lain. "Tasha,kalau abng kahwin dengan Tasha bermaksud abang berkahwin dengan seluruh keluarga Tasha,Tasha kena berfikir dahulu sebelum cakap sayang."
Mia pula,berbeza sungguh perangai dari Natasha,walaupun kampungnya berbeza,asal Mia tetap dari kampung setaraf dengannya.Mia seorang yang berbudi bahasa,agresif,bila dia bertamu dengan Mia perasan gembiranya terus datang walaupun dia didalam kedukaan.Mia boleh membuatnya ketawa kerana bicara Mia dengan Adam sentiasa ketawa.Hanya kegembiraan yang dapat Adam rasai.Itu yang membuatkan hati Adam hilang kedukaan,Adam tidak pernah merasai kedukaan apabila bersama Mia.Mia boleh mengubati hatinya. "Adam,tolong Mia boleh? Datang dekat depan pintu,ambil ada banyak stok barang Mia.Mia bawak banyak barang dari Langkawi.Boleh ya?"Mia menelefon Adam yang ketika itu dia berada didalam kereta tempat parking. "Ok,ok."Adam terus ke tempat parking Mia,sedangkan Mia menyuruh tunggu didepan pintu tempat kerja.Adam berasa kasihan terhadap Mia,Mia adalah seorang pekerja yang rajin membantunya,di tempat kerja Mia langsung tidak mempunyai sebarang masalah.
Saat ini Adam teringatkan Mia,dia berasa sungguh sepi tanpa Mia yang sering berbual menghilangkan kebosanannya.Mia mengambil cuti selama dua minggu,Mia ingin pulang ke kampungnya,bukan selalu Mia mengambil cuti,teringin menghubungi Mia tapi dia khuatir apa akan Mia kata pula,dan pa yang ingin dibualkannya.Walaupun dia tahu,dia bukannya curang terhadap Natasha,tapi inilah satu caranya bila dia tidak dapat menghubungi Natasha dan berjumpa dengan Natasha.Kadang-kadang mummy Natasha akan cuba apa-apa cara sekalipun untuk menghalang anak perempuan tunggalnya dari bertemu dengan Adam.Segalanya diceritakan oleh Natasha sendiri,walaupun sedih dalam perhubungan ini,hatinya bertambah sedih bila diri Natasha dijodohkan bersama insan lain.

No comments:

Post a Comment