Saturday, July 2, 2011

Bila Kumbang Menghisap Madu!

Bila kumbang meniup menghisap madu..ehm,apa agaknya kome pikir ye? Sebenarnya apa yang nak dicite dalam blog umi ini,umi macam2 nak cite... Tadi datang kerja waktu petang,pada ari sabtu boleh pulak jem,bukan main banyak lagi kereta... Tgh dok bawak kereta blh pulak kepala ini termenung dan nak masuk line orang..blh ke?
Blh kot!
Sampai je tempat kerja,dalam kepala pikir nak kemas loker,maklumlah,nanti dah tak dok kat wad lagi dan akan berpindah location..boleh pulak buat kerja je lebih,kemasnya idak! Rasa macam malas sangat nak kemas..biarlaahhh...
Semua dok tanya dan bising kat telinga..Ko nak bla tuka tempat dah ke? Sok ko lastkan... Ish! Menci umi dengar..ye la last sok..nape? Dah tak sabar rasanya ati tu ke? Tak pe? Umi tak kisah pun... Nanti kome taulah merasakan tak adanya penolong yang malas rajin macam umi ni..hahaha..(ayat ini cakap dalam hati je!)
Bila sampai tempat keje je,terus dengar berita tentang wife patient kena tendang dengan anak tiri.. huhuhu..nak tau cite?
Macam inilah citenya,auntie ni cine,husband dia india..patient tu lah india,kena stroke,tapi alhamdulillah,dia bolehlah jalan sikit2..tapi dengan bantuan lerrr...satu ari ni,umi ada dua orang patient nak dimandikan,job kan? Keje kena ikhlas...sorang patient tua sangat tak ada sapa jaga,anak dia hantar kat uma orang tua,sian dia..kadang2 dia suka tanya umi,bila umi tanya dia balik,tau dia kata pe? "Why? I can't ask ha?" Ambik ko! Auntie ni dah nyanyuk,kadangkan umi layankan je kerenahnya..huhuhu...sorang lagi patient,paralysed (betul ke!) dari paras pinggang sampai bawah..lepas buat bypass..tapi alhamdulillah gak,dulu sampai pat lima orang nk angkat dia,sekarang umi pegang lengan dia sorang2 pun dah boleh bangun,semangat dia sungguh kuat...orang jauh,dari sabah bah...dia memang tak ada orang jaga...ciankan.....
Berbalik pada auntie chinese ni....bukannya tua lagi auntie ni,bolehlah katakan tulangnya kuat lagi,macam dalam iklan susu anlene tuuu...hihihi...
Kita cakap ngan dia yang suami dia tu boleh papah perlahan2 ke bilik air..paham je la,walaupun banyak pesakit kami yang kena stroke,boleh berjalan kembali dengan paksaan kami..niat kami nak menyembuhkan pesakit,bukan manjakan pesakit,yang kena stroke dan biarkan terlantar atas katil je..kami sedih jadi macam itu,walau berbilang kaum.. Uncle tu baik sangat,dia nak g bilik air tapi auntie tu tak bagi dan suruh buang air besar kat sebelah katil je..auntie tu boleh cakap pe? Kalau cuci berak ni bukan keje dia,tapi keje nurse2 macam kami...ye! memang kami yang buat semua itu,tapi tanpa dorongan dan sokongan keluarga,pesakit takkan sembuh..dia perlukan semangat! Boleh ke dia mengadu kat ketua kami? Tak pe lah,kami telankan aja...pasal dia kena tendang,umi tak tau cite,tapi yang umi dengar,dia lempang mawe anak tiri dia,wallahualam..umi tak mau mereka2 cite..jadi hanya insan yang tau je yang tau...apa pengajaran yang kamu dapat?
Peninglah umi dengan ragam manusia ni kan? Pelbagai..sampai anak tiri tu tak mau datang tengok ayah dia lagi..macamana tu? Berbelah bagi tak perasaan seorang bapa,seorang suami dan yang tengah sakit? Macamana dia nak cari semula kehidupan dia yang sebenar? Sedih kadang umi mendengarnya...

Friday, July 1, 2011

Posto! Posto! Berita Baik!!

Kadangkala hati mesti terfikir,bilakan dan bagaimanakah masanya kita akan mendengar berita baik..kadangkala ianya terngiang2 di cuping dan sipi2 telinga...hahaha..betul ke ayat umi ni?
Ok! Posto2! Ini rezeki datang dari Allah Yang Maha Penyayang..umi rasa bersyukur sangat dengan perubahan kehidupan ini..nak bagitahu tadi dapat berbual dgn kak aida..tgk sini ,teringat bila menyebut tentang kehidupan...
Ha! Pepulang Kembali pada cite umi,umi dapat berita gembira ini dalam sekelip mata,penantian umi minta selama beberapa kerat lama masa minggu depan umi akan bekerja mengikut office hour,sebelum ini umi bekerja shif hour..nasib baik tak ada keja malam..Aaah,pening memikirkan tentang kerja shif ni..kalau nak tahu umi kerja di sebuah hospital yang ada satu je,tak ada banyak2..cuba teka..hehehe...
Umi dapat kerja di dalam hospital juga tapi di bahagian klinik kanak2,gembira tak terkata di buatnya..tak sabar nak memulakan kerja hari isnin ini..hari ini umi cuti jadi ada masa nak update blog..kalau tak,memang umi tak ada masa,ntah bila akan update..nanti umi akan update lagi ya!

Belajar Memandu!








Assalammualaikum..ha! ternganga anak umi yang bucuk ni! Terlalu excited sangat nak bawa kereta,time ini nak p kenduri nenek saudaranya kahwin..hahaah..u ollss jangan terkejut ye,nenek saudaranya muda lagi,dalam 30an kot..huhuhu..sebabnya,umi kahwin umur muda,anak buah dah kahwin,mak saudara tak kahwin2 lagi...
Berbalik pada tajuk belajar memandu,umi lesen tamat hari inilah,bapak polisi,kalau renew tambah seminggu lagi boleh? :)
Lesen dah tamat,baby pula nak belajar memandu,takpa2 nanti bila dah besar baby hantar umi pergi keje..ok tak? huhu...Dah lama tak rasa kena hantarlah..hihihi..
Oklahbanyak lagi topik nak bincang,tak mau bincang kat sini banyak2,nanti pening nak membacanya...

Monday, June 13, 2011

Kenduri2!!





                                                      Ni msa kenduri..org nk mkn dia pn sibuk jugakkk...


juru kamera tgh amik gambo

nak minum jugak...

Hai,tgk kenduri ni balik teringatlah pula kenduri sendiri..rindunya rasa..pejam celik dah ada anak sorang..itu baru anak sorang,kalau ramai mesti bertambah sayang,hahaha...Nak tambah anak sekarang pun tak boleh lagi,sebabnya operate,kena la lambart2kan...huhu..

Ha! Inilah gambo helagat anak sorang,punyalah payah nak bawa dia,udah ler takut ngan orang..lagi satu,suka makan,gigi tak ada lagi kalu kome nak tau..Dah nak masuk 9 bulan..burp! Merangkak pun belum..huhuhu..Tak apalah,kalau dia lambat yang itu,mungkin dia cepat yang lain kot! huhuhu....Bukan cepat dapat adik naa....huhu

Masa inilah berjumpa sanak saudara,itu pun ada yang tak mau datang,pelbagai alasan,kami pun tak mau jumpa kamulah..it's better~! Tapi seronik jugak sekali sekala jumpa berkumpul ramai2..terkejut cek ada anak naaa...huhuhu...benci suka sangat2..hahaaha..nak tau cite anak umi belajar memandu x? Sila la like!!

nak! nak! nak cite jugak!!


comel x?


Ha! ni la gambo umi..buruk kan?

Inilah gambar umi masa umi mengandung,boleh jugaklah kira berapa kali umi ambil gambar masa umi pregnant.Sebabnya umi tak mau ambil gambar masa mengandung adalah,muka umi bengkak2,kalau nak tahu dalam facebook gambar umi masa umi mengandung memang tak ada..Malu mak! Ehehehe...kira untunglah blogger2 umi dapat tengok buruknya gambar umi...
Nak lg? tunnggguuu...hihihi


Saturday, June 4, 2011

Ceritera kesedihan melanda lubuk hatiku...

Assalammualaikum..dan salam sejahtera..ini adalah sebuah kisah dan ceritera kisah kesedihan umi..macam ini,awal pagi,umi bangun untuk bersiap2 g kerja..biasalah kalau dah drive sendiri,memang rasa berat sangat nak drive,but umi akan pastikan sampai sebelum kul7,sebab umi masuk kul7 laaa...huhuhu...
Kul6.45 umi samapai betul2 di depan tempat kerja umi,nak cari parking sampai tingkat5 sebab tempat kerja umi tu bengap,nak buat parking untuk staf dari tingkat3 sampai roof top! Gilerrr...Nak dijadikan ceritera,umi pusing,pusing,pusing,sampai tingkat5,ada satu parking,umi masuklah,mati enjin tepat kul6.50 pg..jalan,jalan g ke lif sambil turun nak g punch card berselisih dengan ketua jururawat yang tak ada CFC! Maksudnya sama dengan orang yang tak ada adab sopan dan tatasusila,tapi sibuk suruh orang amalkan adap sopan,tapi dia! Buta..aku nampak kau keccciiikkkk jeeee.....jelik!
Tengah sedap2 buat kerja dia sedap tengking aku,ttuuutt...nape datang lambat ari ni? Aku: "Bila saya datang lambat???"Bllluuurrr... "Awak jangan ingat saya tak tahu ya!" "Saya punch kul 6.57,lambat ke? Bila saya lambat!!" Aku pun sedap tengking dia balik...rasa nak menangis masa itu jugak,ye lah kalau nak dikatakan nak aku punch dulu baru cari parking? Kang dibuatnya jumpa mataron,tak pasal2 aku dapat ceramah free..."oohhh,punch dulu baru cari parking?" tak kerja gila dibuatnya? Masa itu jugak aku g jumpa pendengar setia aku..menangis sehingga mata bengkak..aduh! sakit hati bebenor dah rasanya..aku tepon laki aku masa tu jugak..laki aku cakap dahlah tak mau nangis,dia tu nak cari point je..benci3...
Ari itu umi balik lambat sebab nak settle jadual ngan dia,dia boleh buat tak tahu je kes yang dia tengking aku,tak pulak tegur n tanya kenapa aku lambat..baru sedar tengok punch card aku xmerah pun...isy..muka dia cukup menambah kebencian aku..huh!
Lagi satu umi dapat dengar cerita dia menari sebiji macam kaki clubbing..ntah2..huh tak baiklah aku nak kutuk dia habis2an..paham2 sendirilah..umur 2 dah meningkat,nak gila kuasa sangat pun tak guna,sok menarilah puas2..
kisah kedua,kuditegur..ini paling teruk menangis,maafkanlah umi..umi sebagai manusia biasa tidak akan meyedari kesalahan umi,umi minta maaf sangat2,umi nak tidur malam tadi sungguh tak lena,kul2 pagi umi masih berjaga,untung dimalam kesedihan umi,hasbi cuma jaga sekali intuk menyusu.terima kasih sayang..umi sayang semuanya,ayah pun,love u sayang..umi harap ayah tidak akan ambil hati,umi takut dengan kisah keluarga yang tak dapat diselamatkan,takut sangat2..umi sayang semua kerana ALLAH..

Ceritera cinta di I-CITY..

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarokatuh..dan tak lupa jua salam sejahtera...ceritera cinta umi ini mengisahkan kami sekeluarga g i city,lupa sudah tarikhnya,tp yang pasti,kami kesejukkan beku..hehehehe...nanti umi updatekan gambonya ye..umi tak dapat nak tunjuk gambar anak umi yang dah nak masuk 9bulan...kejap je..dari msa pantang sampailah sekarang...best2..sampai masuk dalam dua kali pasal kali pertama ambil gambar,tak nampak muka hasbi..masuk lagi sekali lagi,nasiblah hasbi tak mengamuk,kalau dia mengamuk kompom bergegar salji dalam itu..
Thanx pada ayah yang membawa umi dan anak pergi jalan2..hasbi pantang orang bawak jalan sampai lupa nak tidur..bila jalan tau pula tak mengamuk bila dalam kereta nak balik baru nak mengamuk..hehehe...hasbi ikut perangai umi masa mengandungkan,umi suka jalan2 dan umi seorang kaki jalan..dan lagi satu cara adik makan sama macam umi makan masa mengandung,kalau umi nak makan masa itu jugak umi nak makan,umi tak kira..kalau tak dapat umi akan merungut..oh tidaaakkk...! Betul cakap orang,anak akan ikut perangai kita semasa mengandung...tapi Hasbi seorang anak yang baik,boleh kira berapa kali hasbi mengamuk..kalau nak makan nak cepat je..huhuhu...
Balik pada tajuk,sebenarnya dah lama nak g i city tu,tapi tak berkesempatan lagi.biasalah..orang bekerja shift memang payah nak bercuti,untung umi ada ayah yang boleh jaga anaknya..idak lerr umi risau sangat...nanti umi update gambar ye..nak tau ceritera kesedihan? to be continued......