Saturday, July 2, 2011

Bila Kumbang Menghisap Madu!

Bila kumbang meniup menghisap madu..ehm,apa agaknya kome pikir ye? Sebenarnya apa yang nak dicite dalam blog umi ini,umi macam2 nak cite... Tadi datang kerja waktu petang,pada ari sabtu boleh pulak jem,bukan main banyak lagi kereta... Tgh dok bawak kereta blh pulak kepala ini termenung dan nak masuk line orang..blh ke?
Blh kot!
Sampai je tempat kerja,dalam kepala pikir nak kemas loker,maklumlah,nanti dah tak dok kat wad lagi dan akan berpindah location..boleh pulak buat kerja je lebih,kemasnya idak! Rasa macam malas sangat nak kemas..biarlaahhh...
Semua dok tanya dan bising kat telinga..Ko nak bla tuka tempat dah ke? Sok ko lastkan... Ish! Menci umi dengar..ye la last sok..nape? Dah tak sabar rasanya ati tu ke? Tak pe? Umi tak kisah pun... Nanti kome taulah merasakan tak adanya penolong yang malas rajin macam umi ni..hahaha..(ayat ini cakap dalam hati je!)
Bila sampai tempat keje je,terus dengar berita tentang wife patient kena tendang dengan anak tiri.. huhuhu..nak tau cite?
Macam inilah citenya,auntie ni cine,husband dia india..patient tu lah india,kena stroke,tapi alhamdulillah,dia bolehlah jalan sikit2..tapi dengan bantuan lerrr...satu ari ni,umi ada dua orang patient nak dimandikan,job kan? Keje kena ikhlas...sorang patient tua sangat tak ada sapa jaga,anak dia hantar kat uma orang tua,sian dia..kadang2 dia suka tanya umi,bila umi tanya dia balik,tau dia kata pe? "Why? I can't ask ha?" Ambik ko! Auntie ni dah nyanyuk,kadangkan umi layankan je kerenahnya..huhuhu...sorang lagi patient,paralysed (betul ke!) dari paras pinggang sampai bawah..lepas buat bypass..tapi alhamdulillah gak,dulu sampai pat lima orang nk angkat dia,sekarang umi pegang lengan dia sorang2 pun dah boleh bangun,semangat dia sungguh kuat...orang jauh,dari sabah bah...dia memang tak ada orang jaga...ciankan.....
Berbalik pada auntie chinese ni....bukannya tua lagi auntie ni,bolehlah katakan tulangnya kuat lagi,macam dalam iklan susu anlene tuuu...hihihi...
Kita cakap ngan dia yang suami dia tu boleh papah perlahan2 ke bilik air..paham je la,walaupun banyak pesakit kami yang kena stroke,boleh berjalan kembali dengan paksaan kami..niat kami nak menyembuhkan pesakit,bukan manjakan pesakit,yang kena stroke dan biarkan terlantar atas katil je..kami sedih jadi macam itu,walau berbilang kaum.. Uncle tu baik sangat,dia nak g bilik air tapi auntie tu tak bagi dan suruh buang air besar kat sebelah katil je..auntie tu boleh cakap pe? Kalau cuci berak ni bukan keje dia,tapi keje nurse2 macam kami...ye! memang kami yang buat semua itu,tapi tanpa dorongan dan sokongan keluarga,pesakit takkan sembuh..dia perlukan semangat! Boleh ke dia mengadu kat ketua kami? Tak pe lah,kami telankan aja...pasal dia kena tendang,umi tak tau cite,tapi yang umi dengar,dia lempang mawe anak tiri dia,wallahualam..umi tak mau mereka2 cite..jadi hanya insan yang tau je yang tau...apa pengajaran yang kamu dapat?
Peninglah umi dengan ragam manusia ni kan? Pelbagai..sampai anak tiri tu tak mau datang tengok ayah dia lagi..macamana tu? Berbelah bagi tak perasaan seorang bapa,seorang suami dan yang tengah sakit? Macamana dia nak cari semula kehidupan dia yang sebenar? Sedih kadang umi mendengarnya...

No comments:

Post a Comment